Monday, March 9, 2009

Makkah, kota ibadah dan sejarah

Pernahkah kamu hai manusia berkunjung ke kota suci mekah ini?

Kunjungilah walaupun sekali seumur hidup, biarrpun terpaksa menjual tanah bendang perpuluh ekar, kereta mewah dan harta pinjaman Illahi ini.

Demi Allah, segala nikmat kurnianya di dunia hanyalah pinjaman yang tak dapat dibawa sekali ke dalm kubur yang muat untuk mu itu.

Jika pernah ziarah ke tempat suci ini, maka terasalah keinginan yang amat hebat untuk kembali lagi. Kenapa? Bukti Allah amat menyayangi kamu. kamu telah jatuh cinta pada kebesaran Allah. Maha suci Allah.

Seantero pelusuk dunia umat islam menziarahinya setiap hari, ada yang datang dari hujung dunia, ada yang datang dari puncak gunung, ada juga yang datang dari medan perang dan ada juga makhluk Allah yang turun dari langit menziarahinya.

Seindah mana pun kata yang cuba dilafazkan, tak dapat diucapkan kemeriahan kotanya.

Di sini, aku cuma menceritakan pengalaman, ada suka dan ada duka. Setiap insan yang datang pasti diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian setiap hari.

Dalam posting ini, aku nak cerita tentang kaabah dulu. Insyaallah dalam posting lain pulak aku cerita pasal lain pulak.

Kaabah, jika dilihat pasti jatuh cinta pada pandangan pertama. Kenapa? Allah saja lah yang tahu.
Dibina berbentuk segi empat kurang tepat,berbucu 4, setiap bucu dipanggil rukun. Rukun hajarul aswad, rukun iraqi, rukun syami dan rukun yamani mengikut pusingan lawan jam.Plan lengkap boleh rujuk sini.

Daripada 4 rukun tersebut, hanya 2 sahaja yang Nabi Muhammad SAW pernah pegang. Rukun hajarul aswad (dicium dan pegang) dan rukun yamani (pegang sahaja).

Siapa yang tak kenal lagi hajarul aswad? Hajarul aswad adalah serpihan batu hitam yang ditampal pada rukun tersebut dimana Nabi Muhammad pernah menciumnya.Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan. (masih ada keraguan dalam pendapat ini).

Tips: waktu yang amat mudah untuk mencium hajarul aswad adalah ketika musim umrah, selepas subuhdan watu tengah malam hingga subuh. selain bulan ramadhan kerana penziarah tidak terlampau ramai jika dibandingkan pada musim haji dan di bulan ramadhan.

Jangan berani mencuba untuk menciumnya waktu solat fardu, anda akan dibelasah polis arab! Berbaris! jangan potong barisan dan berebut, Allah akan balas nanti!



Seterusnya Pintu Kaabah, juga dipanggil Pintu Taubat dan banyak nama lagi. Pintu ini diperbuat daripada emas tulen yang berdekorasi ayat-ayat suci alquran tentang taubat. Pintu ini pula ada kuncinya dan dipegang oleh Kabilah yang diamanahkan oleh Rasulullah hingga hari ini.Banyak-banyakanlah berdoa disini.

Multazam pula adalah dinding antara pintu kaabah dengan bucu hajarul aswad. Tempat inilah mustajab doa kita. Banyak-banyakanlah berdoa disini.

Hijr Ismail pula adalah sebahagian daripada kaabah. Solat sunat di sini menyamai solat di dalam kaabah. Banyak-banyakanlah berdoa disini.

Pancur Emas pula benda yang menyalurkan air hujan yang terkandung atas bumbung kaabah ketika hujan. Jangan sekali-kali melakukan bid'ah disini dengan mandi atau minum air yang keluar melaluinya kerana anda akan mandi/ minum najis burung!

Kiswah (kelambu) kaabah pula adalah kain sutera yang menyarungi kaabah. Sejak zaman nabi lagi dah ada kiswah ini. Jika anda teringin mendapat serpihan kiswah ini ada dijual pada musim haji sahaja. Serpihan kain ini sebesar kad nama dan tiada benang emas atau perak berharga 50 riyal.Jangan buat kain kiswah ini sebagai tangkal atau azimat. Benda tu tak akan melindungi dan tak memberi apa-apa pun. Mintalah dengan Allah.

Jauhi:

mencium hajarul aswad terlalu lama.

memegang rukun yamani ketika tawaf. Batal tawaf anda!

mengusap-usap pintu kaabah, multazam, kiswah dan mana-mana dinding kaabah.

solat sunat di hadapan multazam atau pintu kaabah ketika terlalu ramai orang sedang berdoa.

Bid'ah( mangada-adakan sesuatu yang baru dalam agama) seperti menconteng nama pada bahagian kaabah. Dosa besar anda! menjilat, mengkeramatkan sesuatu benda apabila mengosokannya pada kaabah dan yang pelik-pelik lagi.

- by kaum muda

Untuk keterangan lebih lanjut:

kabahinfo

cerita masuk ke dalam kaabah : klik sini

1 comment:

sirNik said...

salam....terima kasih melawat dan memberi ulasan dalam blog saya..