Sunday, August 9, 2009

pesta konvo datang lagi



Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah acara tahunan yang diadakan untuk meraikan para graduan UTM. Ini adalah kali ke-43 Pesta Konvokesyen diadakan di UTM. Pesta yang akan dijalankan selama 7 hari ini terdiri daripada pelbagai aktiviti yang menarik dan program yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Pesta Konvokesyen ini adalah dirancang, dianjur dan dilaksana sepenuhnya oleh para pelajar UTM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTM. Proses pengurusan ini akan mampu mengukuhkan kemahiran generik dengan pengalaman yang diperoleh untuk memantapkan kualiti dan nilai kepemimpinan serta kerjasama sebagai suatu persediaan sebelum melangkah ke bidang pekerjaan. Ini adalah projek mega UTM dan ia akan diadakan di Padang Kawad Utama, UTM. Pada tahun lepas, jumlah pengunjung yang hadir ke Pesta Konvokesyen adalah sebanyak 70 ribu orang dan jumlah ini tidak termasuk para pelajar yang tinggal di kampus. Kira – kira 120 khemah akan disediakan untuk pameran, pasaran korporat dan kaunter promosi serta pelbagai penggerai yang menjual pelbagai jenis produk serta makanan untuk menarik pengunjung datang ke Pesta Konvokesyen UTM.

Tempat dan Tarikh
13 – 19 Ogos 2009
Padang Kawad Utama, Universiti Teknologi Malaysia.

Aturcara Program
klik sini

untuk keterangan lanjut, sila klik sini

p/s: konvo tahun ni xde cuti mid sem