Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Tuesday, March 24, 2009
Nik Aziz restui Nizar bertanding
"Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K Kantha, di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden Pas, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen serentak.
Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.
"Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia. Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita," katanya. - Bernama
Budaya nikah di masjid
trend orang islam malaysia sekarang, nak nikah je buat kat masjid. OK la tu, memang bagus pun.
Perkara yang dibuat kat masjid selalunya qadad nikah. Yang aturcara lain dibuat kat rumah.
kalau boleh buat la kat masjid jugak, jangan buat kat dalam, buat kat kawasan masjid tu. Tak dapat jemput ramai pun tak apa, buat sekadar yang mampu. X membazir, berkat la nikah tu.
Kenapa mau nikah masjid jadi pilihan?
- mereka rasa diberkati.
- mereka rasa itu memori indah.
- mereka tertarik dengan suasana macm tu, ala timur tengah mungkin.
- selesa.
Kalau nak datang jugak ngn pakaian macam tu, dok kat tangga masjid je. Jangan masuk kat bahagian dalam.Nanti hang kena tegur tok imam, tak pasal2 dapat malu depan orang ramai. Pastu mencarut kat tok imm tu, makin tambah dosa.
Tapi ada jugak jemputan yang bukan islam datang menyaksikan majlis tu. Dia orang lagi reti beradap. Pakai elok2 tutup aurat, dan ada yang siap bertudung ala datin lagi. Memang kalah la awek2 yang berhias tu, tak sopan langsung pakaiannya.
FRU dan polis 'overtime' malam tadi
BUKIT GANTANG : Semasa majlis pengumuman calon berjalan dengan lancar dan sampai kepada wakil dari PKR berucap iaitu Naib Presidennya YB. Azmin Ali pasukan keselamatan kelihatan berada ditangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS.
Ceramah pengumuman calon sebenarnya telah mendapat permit dari pihak keselamatan dan kebenaran itu dibacakan oleh pengerusi majlis ceramah, Ust. Misbahul Munir semasa ceramah dimulai, malah beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dari pihak keselamatan.
sementara itu, terkini dari sungai petani!polis mengamuk!anwar hampir ditangkap tapi x dapat nak sambut!
KETUA STAFF ANWAR IBRAHIM DI TAHAN
Anwar Ibrahim yang ingin memberi ucapan di satu ceramah di Jalan Cinta Sayang Sungai Petani Kedah telah di gagalkan.
Pasokan Fru dan Meriam Kimia telah mengepong kawasan tersebut.
Ibrahim Yacob Ketua Pejabat Anwar Ibrahim telah diberitakan ditahan.
CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI SERANG DENGAN WATERCANON DAN GAS GAS PEMEDIH MATA.TANGKAPAN TELAH DI BUAT.SENATOR ZAMBRY YUSOF TURUT DI TAHAN.DALAM PADA ITU BEBERAPA AMK NEGERI TURUT DI TAHAN.
SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI KEDAH SAUDARA HAFIZ ALI TURUT DI TAHAN.
ABD RAHIM YAAKOB(PA ANWAR IBRAHIM)ISMADI(PA MB KEDAH)GUNA(PA CALON BKT SELAMBAU)AZHAR RAMLI(PA TAN CHU KANG) dan beberapa ahli AMK SG PETANI,MERBOK,SIK,KULIM BB dan ramai lagi. mereka ini turut di tahan!
DATO SERI ANWAR IBRAHIM MASIH DI DALAM BILIK GERAKKAN,TIDAK DAPAT TURUN KERANA TANGKAPAN MASIH DI LAKUKAN.
imej baru Dunhill 20 di negaraku
Orentalis punya keja
Romania kaji sumbang mahram bukan jenayah
BUCHAREST: Romania menimbang untuk menarik balik sumbang mahram sebagai perbuatan jenayah dalam kajian semula lebih meluas ke atas kanun jenayahnya, seperti di Perancis, Sepanyol dan Portugal.
Pada masa ini, semua bentuk sumbang mahram di Romania boleh membawa hukuman sehingga tujuh tahun penjara.
“Tidak semua yang tidak bermoral itu adalah haram,” kata pakar perundangan Kementerian Kehakiman, Valerian Cioclei.
“Kita tidak membantu dengan menjadikan mereka yang terbabit dalam sumbang mahram sebagai penjenayah dan menghukum mereka.”
Undang-undang yang mengecualikan anggota keluarga daripada dikenakan tindakan kerana sumbang mahram secara rela, seperti di Perancis, Sepanyol dan Portugal.
Di Amerika Syarikat, semua 50 negeri dan daerah Columbia menghalang sumbang mahram, walaupun berlaku secara suka rela. Namun, ada beberapa negeri tidak mengenakan hukuman bagi kesalahan berkenaan, menurut Harvard Law Review. - AP
Komen sikit: Keja orentalis barat, nak lawan hukum tuhan ngan hukum kepala otak sendiri. Cuba la kalu dapat! makin gagal lagi ada!
Batang Ai: Bekas MP Lubok Antu calon PKR
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, Jawah Gerang sebagai calonnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.
Ia diumumkan sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon sementara hari mengundi ialah 7 April.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Menteri Muda Sukan Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot akibat koma pada 24 Februari lalu.