Saturday, March 21, 2009

bila dewa2 cinta menangis tak henti dengar kisah aku(metafora)


1st, aku nak warning kat sini, jangan isu kan tajuk posting aku. Ayat aku buat tu metafora, kalau tak tahu lagi metafora, masuk balik tingkatan 4, blaja bahasa melayu, mak bapak korang anta g skool nk suruh korang belajar!

masuk tajuk cita.

Akhirnya mak aku berjaya memujuk bapak aku tuk jual 'bini no 2' aku. 'Bini' aku tu adalah motor hebat aku. walaupun tak banyak kenagan bersama, dia telah memberi aku makna itu cinta. aku kenal bini aku sebab bapak aku yang recommend kan. Susah payah aku belajar, bapak aku bagi motor tu. Aku on je sebab bapak aku pun suka.

Sedih, duka, lara, tension suma ada. Dah hilang mood aku hari ni. Entah ambik brapa lama nak heal balik mood ni. Aku cakap kat mak aku suruh tangguh dulu, tunggu aku balik, nanti kita settle bebaik.

sebab 1: mak aku buat aku rasa serba salah sebab dia nak tukar keta, kira boleh kongsi..macam tu la bunyi mak aku cakap tadi.

Aku memang tak nak kongsi pun, sebab tau je la pempuan bawak keta camne. Sedih2..

Sebab 2 mak aku nak jual 'bini' aku: Banyak problem nak jaga dia. Ni adik laki aku punya pasal, senang2 je dia bawak 'bini' aku kuar. Dah la xda lesen, umur pun tak cukup lagi. Ada hati nak ganggu 'bini' aku. Tak mustahil dia bawak accident skali. Siap la ko, aku balik nanti mampus ko kena hentam aku!

sebab 3: Bapak aku x reti2 lagi bawak motor tu, sedangkan dia yang sakan nak beli. Last2 putus asa, aku pun jadi mangsa.

Apa pun, aku masih sayang denganmu, jangan tinggalkan aku, tanpamu tak bermakna hidup aku di dunia ini!

Sheila on 7 - yang terlewatkan. mp3

lagu baru sekarang. mau tak mau, download here free

kepada perempuan yang ego dengan aku

pada siapa2 yang terasa,

dengarlah luahan di sudut kecil hati aku ini

yang ada dalam link lagu.

download here (diyakini selamat dan cepat)
Lagu by: yanzen & rahim
tiada lagi aku.mp3
rusty blade

lirik:

Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan sendapun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi

Wajah yang pernah menyakitkan hati

Hai wanita

nak tahu kelebihan dan tanggungjawab mu, sila masuk kat link ini. peringatan dan amaran untuk wanita

Bila orang agama tidak yakin dengan najib, maka nasihat diberi

BANGI 20 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berharap Datuk Seri Najib Tun Razak dapat meneruskan agenda agama sedia ada selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelak.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, suara dan pandangan golongan agamawan atau tokoh agama perlu diambil kira dalam negara bagi mengelak tercetusnya sesuatu krisis.

"Meskipun berada dalam kelompok kecil, kami juga turut berpengaruh dalam institusi masyarakat selain golongan profesional terutama ahli politik.

"Harus diingat bahawa peranan, suara dan pandangan golongan ini tidak hanya terhad pada bidang agama semata-mata, kami juga boleh membantu dalam hal-hal pentadbiran dan pembangunan negara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Konvensyen Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Jakim dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) di sini hari ini.

Menurut Wan Mohamad, selain memartabatkan Islam dalam pentadbiran negara sesuai dengan kedudukannya sebagai agama rasmi, langkah itu juga diyakini boleh membantu memprofesionalkan golongan itu.

Harap2 najib faham, jangan pernah mengasingkan agama dalam mentadbir negara...

Rebat tebus kenaikan minyak


PEMILIK enjin sangkut menunjukkan reaksi menyokong penuh pengumuman Alfred Jabu Numpang tentang pemberian rebat tunai di Dewan Sukan Lubok Antu, Sarawak, baru-baru ini.


LUBOK ANTU 20 Mac - Ketika pemilik kenderaan persendirian menerima rebat tunai sebanyak RM625 dan motosikal persendirian sebanyak RM150 tahun lalu, pemilik bot enjin sangkut di negeri ini hanya mampu memendam rasa.

Manakan tidak, ketika kenaikan harga petrol RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter dan diesel RM1 kepada RM2.58 Jun tahun lalu, kehidupan mereka terjejas dengan teruk terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Ketika pemilik kereta persendirian dan motosikal menerima rebat tunai, pemilik enjin sangkut ketika itu menyifatkan tindakan itu seolah-olah tidak adil kepada mereka yang menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

PLKN: Penyertaan tiga artis didokumentari

Terbaru, penyertaan tiga artis remaja - pelakon Diana Danielle, 18, juara program realiti One In A Million (OIAM), Suki atau Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Aliff atau Muhammad Aliff Mohd. Satar, 19 - dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dijadikan dokumentari.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya telah berunding dengan sebuah stesen televisyen tempatan untuk membuat filem dokumentari tersebut.

"Secara kebetulan tiga artis remaja ini terlibat dalam pengambilan pelatih kedua Siri 6/2009 dan kita putuskan untuk tempatkan mereka dalam satu kem bagi menjalani penggambaran dokumentari ini sehingga tamat.


Patut buat dokumentari orang yang susah, bukan buat nak bagi artis makin popular, macam dah xda modal

Amy search dah nak berubah, anak bila lagi?


AMY bersyukur kerana Tuhan memakbulkan doanya untuk menimang cahaya mata kelima pada usia 50 tahun.


PADA usia yang kini mencecah 51 tahun, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman sudah dianggap sebagai legenda oleh para peminatnya.

Malah, sehingga kini populariti penyanyi lagu Isabella itu tidak pernah surut biarpun semakin lama semakin jauh dia dan kumpulannya meninggalkan zaman kegemilangan mereka.

Baru-baru ini, Amy turut serta bersama-sama kumpulan nasyid yang tidak asing lagi, Rabbani dan nama-nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi dalam konsert Malam Sinar Maulidur Rasul yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Apa yang dapat dikongsi, pembabitan Amy dalam konsert tersebut menerima maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak termasuk para peminatnya.

Apabila rocker itu mula beralih arah menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan sudah tentu ramai yang lebih cenderung melihatkan perubahan tersebut.

Kedudukan Elizabeth Wong Diketahui Rabu Ini

SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong pada Rabu ini.

"Keputusan saya akan beritahu selepas saya jumpa Exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perniagaan Selangor di sini petang Jumaat.

Sebelum ini Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogelnya di internet.- bernama

Karpet makam Nabi dilelong





DOHA 20 Mac - Permaidani bersulam mutiara berusia lebih 100 tahun yang dihasilkan di India untuk menghiasi makam Nabi Muhammad SAW di Madinah dilelong di sini semalam pada harga kira-kira AS$5.5 juta (RM20.1 juta).

Pengendali rumah lelongan Sotheby berkata, 'Pearl Carpet of Baroda' itu ketika mula dibuka untuk bidaan harganya jatuh kepada AS$4.5 juta (RM16.4 juta) kerana hanya ada beberapa pembida sahaja.

Jurucakap Sotheby, Habib Basha berkata, pembeli permaidani itu merupakan salah seorang daripada tiga pembida yang tidak berhajat untuk mendedahkan dirinya.

Adalah dipercayai karpet itu telah diserahkan oleh Maharaja Baroda untuk diletak di makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi di Madinah, kata Sotheby dalam laman webnya.

Bagaimanapun maharaja berkenaan meninggal dunia dan karpet tersebut telah diserahkan oleh ahli keluarganya.

Terdapat tidak kurang dua juta mutiara asli bermutu tinggi dikenali sebagai 'basra' yang diambil dari perairan Teluk Arab dijadikan sulaman bagi menghasilkan karpet tersebut, katanya.

Karpet itu telah mendapat tumpuan utama pada Pameran Delhi pada tahun 1902-1903 sebelum di bawa ke Monaco.

Ia kembali dipamerkan di New York pada tahun 1985. - AFP


The Pearl Carpet of Baroda could sell for as much as $20 million at an upcoming Sotheby's auction. The carpet was created in the 1860s as a gift for the tomb of Prophet Mohammad in Medina, Saudi Arabia. Over 2.2 million pearls and beads were used to decorate the carpet. Hundres of rubies, sapphires and diamonds were also used in the carpet which took five years to make. Forbes says bidding will start at $5 million.

Bidding will start at $5 million, says Howard-Sneyd, who has already fielded inquiries from private clients in India and the Middle East interested in the piece.

Crafted in the 1860s as a gift for the tomb of the Prophet Mohammad in Medina, Saudi Arabia, the carpet was created under the auspices of Gaekwar Kande Rao, the maharajah of Baroda, a former kingdom in northwest India that is now part of Gujarat state. It took five years of labor by hundreds of craftsmen. Some 2 million seed pearls and colored glass beads and gems set in a gold foil background make up the swirling rosette design.

Baik simpan je, untuk tantapan generasi akan datang.


KAHERAH 20 Mac - Rundingan antara puak-puak Palestin yang bertelagah anjuran Mesir di sini semalam gagal mencapai sebarang persetujuan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, sekali gus menghalang usaha untuk menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.

Kegagalan rundingan antara Hamas dan Fatah itu juga boleh memburukkan lagi perbezaan di kalangan negara Arab menjelang Persidangan Liga Arab akhir bulan ini di Qatar, selepas pakatan Amerika Syarikat (AS)-Asia Barat termasuk Arab Saudi mengharapkan penyatuan di kalangan parti dalam negara Palestin.

Kegagalan membentuk kerajaan perpaduan itu juga berlaku dua hari selepas rundingan di Kaherah antara pemimpin Hamas di Genting Gaza dengan Israel berhubung pertukaran banduan yang turut mencapai jalan buntu.

Dua rundingan itu yang tidak mencapai sebarang persetujuan menimbulkan persoalan tentang rancangan masyarakat antarabangsa untuk membangunkan semula Gaza yang musnah teruk akibat serangan besar-besaran Israel, baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Hossam Zaki berkata, kegagalan rundingan itu disebabkan perpecahan di kalangan negara Arab.

''Amat sukar untuk mencapai perdamaian di Palestin dengan konflik negara-negara Arab yang masih berterusan,'' katanya sambil merujuk kepada Syria dan Iran yang menyokong Hamas. - AP

Bila Abdullah sendiri cakap pasal limbang


CYBERJAYA 20 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya kedudukan Limbang yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Brunei akan selesai apabila kerja-kerja penandaan sempadan kedua-dua negara secara kekal dan tepat dilaksanakan.

Serentak itu, Perdana Menteri meminta semua pihak tidak membuat andaian mengenai status wilayah itu setelah Kuala Lumpur dan Bandar Seri Bengawan menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih Isnin lalu.

‘‘Apa yang diputuskan ialah kita telah menandatangani perjanjian itu yang memberi kesempatan untuk membuat tanda-tanda sempadan yang tepat antara Malaysia dan Brunei.

‘‘Apabila kerja-kerja menanda sempadan secara kekal yang telah dipersetujui, (maka) selepas itu tidak ada masalah (lagi) yang timbul berkaitan mana-mana tempat antara Malaysia dan Brunei yang menjadi pertikaian atau tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Membanteras Keganasan Siber (IMPACT) di sini hari ini.

Abdullah diminta menjelaskan kedudukan Limbang yang menurut Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Brunei, Datuk Seri Setia Lim Jock Seng semalam bahawa isu tuntutan ke atas wilayah itu tidak dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Abdullah baru-baru ini.

Lagi lagu layan

lagu ni buat karoke hujung minggu ni pun best. nak dengar, download kat link ni. spider - mungkinkah terjadi

Happy birthday my sis!


To my adek,nuur ain nadhirah Happy birthday yang ke 19!
semoga panjang umur dan bahagia selalu.

Walaupun kita susah nak bertegur sapa, slalu buat hal sendiri aja, tapi ko tetap adik kandung aku jugak, sama darah daging, sama mak bapak. Tak ada yang dapat memisahkan hubungan kekeluargaan kita.

Walaupun aku abang yang tegas, tapi masih ada rasa sayang.

Abang pun manusia juak.

Rayuan Mohd Ali ditolak


KUALA LUMPUR: Panel Rayuan Umno memutuskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tidak boleh bertanding atau dipilih pada pemilihan parti munggu depan.

Penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu diumumkan Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, sebentar tadi.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah membabitkan rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.


Kesian Ali, lain kali coba lagi ya!main bersih2!