Saturday, March 21, 2009

Kedudukan Elizabeth Wong Diketahui Rabu Ini

SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong pada Rabu ini.

"Keputusan saya akan beritahu selepas saya jumpa Exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perniagaan Selangor di sini petang Jumaat.

Sebelum ini Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogelnya di internet.- bernama

No comments: