Saturday, February 28, 2009

Pekerja diberhentikan berpeluang mohon pinjaman mikro

PEKAN 28 Feb. — Pekerja yang diberhentikan akibat krisis ekonomi global berpeluang memohon pinjaman mikro kredit bagi menceburi bidang pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata kementerian telah memohon peruntukan tambahan dari Kementerian Kewangan untuk disalur kepada mereka yang berminat.

Beliau berkata peruntukan itu, jika diluluskan akan disalur melalui Agrobank pada kadar faedah yang rendah.

Mustafa berkata peruntukan berjumlah RM400 juta sedia ada pada masa ini hampir keseluruhannya telah diagihkan kepada pemohon yang layak.

“Kita galakkan mereka terutama mereka yang hilang pekerjaan untuk menceburi bidang pertanian tetapi dengan syarat mereka perlu ada tanah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Masyarakat Nelayan, Petani dan Penternak Peringkat negeri Pahang di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Datuk Abdul Rahim Ismail.

Mustapa berkata mereka yang berminat akan diberikan pendedahan dari segi teknikal dan pemasaran daripada agensi yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Mustapa berkata kementerian berusaha meningkatkan jumlah jentera dan peralatan di seluruh negara bagi membantu golongan petani dan penternak.

Beliau berkata sebanyak RM315 juta telah diperuntukkan bagi tahun ini dan 2010 untuk tujuan itu.

“Setengah daripada peruntukan telah diagihkan tetapi masih ada beberapa kawasan yang belum menerimanya. Kita akan semak perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata seramai 2,536 nelayan di Pahang telah menerima elaun sara hidup selain 1,102 nelayan pula menerima lesen sampan masing-masing setakat ini.

— BERNAMA

Malaysia tidak perlu lagi universiti baru

KUANTAN 28 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak berhasrat menubuhkan universiti baru tetapi sebaliknya ingin menumpukan usaha ke arah meningkatkan keupayaan universiti yang sedia ada di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kini apa yang penting adalah meningkatkan tahap pembangunan fizikal dan intelektual universiti tempatan ke peringkat optimum.

“Kita kena menstabilkan keadaan universiti yang sedia ada supaya ia mencapai peringkat optimum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Terdapat 20 buah universiti awam dan 21 universiti swasta, dah cukup bilangan universiti, tiap-tiap negeri dah ada universiti,” kata Najib.

Najib berkata Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menetapkan bahawa universiti di negara ini mestilah mempunyai 70 peratus tenaga pengajar berkelulusan doktor falsafah (Phd).

“Pembangunan intelektual ini memakan masa dan ketika ini bukan semua universiti mencapai sasaran itu,” katanya.

Pada perkembangan yang sama, Najib berkata kerajaan juga bercadang menambahkan lagi autonomi kepada universiti terutamanya melibatkan hal berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kokurikulum pengajian, pelantikan, kuasa perbelanjaan dan sebagainya.

“Kita dah beri kuasa kepada universiti (sebelum ini) untuk membuat keputusan sendiri di peringkat universiti, dan sekiranya langkah ini membawa manfaat sepenuhnya, maka kerajaan akan menambah kuasa kepada universiti pada masa akan datang,” jelasnya.

“Kita ingin melihat universiti ini menjadi cemerlang, maka universiti mesti perlu diberi kuasa atau ’empowerment’ untuk membuat keputusan sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan upacara tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMP dan Pasdec Holdings Berhad serta Hicom Automative Manufacturers Sdn Bhd.

MoU itu dimeterai bagi menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan perundingan, pembangunan modal insan dan pembangunan hartanah di kampus tetap UMP di Kuala Pahang, Pekan.

— BERNAMA

Doodling Can Help Memory

FRIDAY, Feb. 27 (HealthDay News) -- You might look like you're not paying attention when you doodle, but science says otherwise.

Researchers in the United Kingdom found that test subjects who doodled while listening to a recorded message had a 29 percent better recall of the message's details than those who didn't doodle. The findings were published in Applied Cognitive Psychology.

"If someone is doing a boring task, like listening to a dull telephone conversation, they may start to daydream," study researcher Professor Jackie Andrade, of the School of Psychology at the University of Plymouth, said in a news release issued by the journal's publisher. "Daydreaming distracts them from the task, resulting in poorer performance. A simple task, like doodling, may be sufficient to stop daydreaming without affecting performance on the main task."

More news here

Liverpool kembali ke alam nyata


LONDON - Selepas mencatat kemenangan bermakna ke atas Real Madrid, kelmarin Liverpool kembali ke alam nyata dengan fokus segera dialih kepada pertemuan Liga Perdana England menentang Middlesbrough, hari ini.

Kemenangan 1-0 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol, Real di Santiago Bernabeu memberi motivasi tambahan buat anak-anak buah Rafael Benitez untuk mengharungi aksi domestik dengan lebih berkeyakinan.

Selepas mempamerkan disiplin tinggi ketika kunjungan ke Madrid, skuad Reds kini bersedia mengulangi persembahan yang serupa untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United yang memegang kelebihan tujuh mata.

Pada ketika United tidak beraksi dalam saingan liga minggu ini kerana terlibat dengan final Piala Liga menentang Tottenham esok, Liverpool berpeluang merapatkan jurang mata kepada empat.

Begitupun sejarah mereka dalam setiap kunjungan ke Stadium Riverside agak meresahkan kerana tidak pernah menang di gelanggang tersebut sepanjang dibimbing oleh Benitez.

Daripada empat kunjungan terakhir ke Boro, Liverpool kalah sekali dan seri tiga kali.

Malah, mereka juga harus memberi perhatian kepada rekod kurang memberangsangkan dalam saingan terakhir liga apabila seri empat daripada enam perlawanan.

Liverpool yang seri enam daripada 13 perlawanan di tempat sendiri, musim ini perlu mengelak daripada kehilangan mata kerana ia hanya akan membuka ruang kepada Chelsea dan Aston Villa untuk memintas.

Benitez mungkin menghadapi sedikit kesukaran menurunkan pasukan terkuat pada ketika bintang penyerang, Fernando Torres masih dibelenggu kecederaan kaki dan kapten, Steven Gerrard pula belum cergas sepenuhnya.

Boro, yang menduduki tangga kedua tercorot gagal mencatat kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir liga sejak kemenangan terakhir, 2-1 ke atas Villa pada Disember lalu. - AFP

Istana jadi muzium

KATHMANDU 27 Feb. – Istana Raja Nepal yang disingkirkan dijadikan muzium dan dibuka kepada awam hari ini bagi memberi peluang kepada orang biasa melihat sendiri gaya hidup mewah dan kekejaman bekas raja-raja mereka.

Dinasti Shah telah memerintah Nepal selama 240 tahun tetapi dibubarkan Mei 2008 selepas pemberontak Maoist dan parti-parti utama menandatangani perjanjian damai dengan Raja Gyanendra.

Antara tarikan utama muzium Narayanhiti itu adalah tempat istiadat pelantikan takhta, dewan jamuan dan bilik bekas raja yang dihiasi dengan emas dan perak.

Muzium yang sedang dalam pengubahsuaian itu dilaporkan akan membuka lebih banyak lagi bilik untuk tontonan awam serta akan mempamerkan cokmar dan takhta yang dihiasi berlian dan zamrud serta kereta Mercedes-Benz yang diberikan oleh Adolf Hitler kepada datuk Gyanendra.

“Pameran ini menunjukkan perbezaan besar antara gaya hidup orang biasa dan dan kerabat diraja yang telah menyebabkan bermulanya perang saudara,” kata bekas pemimpin pemberontak Maoist, Nanda Kishore Pun ketika mengunjungi Muzium berkenaan.

Kumpulan pemberontak Maoist telah berperang dengan Tentera Diraja Nepal lebih 10 tahun dan mengorbankan 13,000 orang. – AFP


Perkara macam ni tak mustahil berlaku di Malaysia

Milan tersingkir daripada Piala UEFA


PARIS - Juara Eropah tujuh kali, AC Milan menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada Piala UEFA selepas seri 2-2 dengan Werder Bremen di San Siro, semalam.

Turut terkeluar awal daripada kejohanan kelas kedua Eropah itu adalah kelab Liga Perdana England, Aston Villa yang tumbang 0-2 di CSKA Moscow, sekali gus tersingkir menerusi agregat 3-1.

Selepas terikat 1-1 di Villa, kelab England itu membuat kesilapan besar apabila membariskan pasukan kedua di Moscow.


Bagaimanapun, cabaran England dalam Piala UEFA diteruskan oleh Manchester City yang menyingkirkan FC Copenhagen dari Denmark menerusi agregat 4-3 selepas menang 2-1 di Manchester, semalam.

Penyandang juara, Zenit St. Petersburg juga berjaya mengelak daripada mengalami kejutan apabila menumpaskan kelab Jerman, Stuttgart 2-1 di tempat lawan, dan mara dengan agregat 4-2.

Di Milan, dua jaringan penyerang Peru, Claudio Pizarro pada babak kedua membawa Werder ke peringkat 16 terbaik menerusi peraturan gol tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 setelah perlawanan pertama minggu lalu berkesudahan 1-1.

Semalam, Milan memulakan permainan dengan menyakinkan apabila membuka jaringan menerusi sepakan penalti Andrea Pirlo pada minit ke-27 selepas Torsten Frings mengadang tendangan bebas David Beckham (gambar) menggunakan lengan.

Malah, tuan rumah semakin yakin apabila mengukuhkan kedudukan menerusi penyerang Brazil, Alexandre Pato pada minit ke-33 untuk meletakkan mereka mendahului 3-1 menerusi agregat.

Ketinggalan 0-2 pada babak pertama tidak mematahkan semangat Werder untuk bangkit, dan kelab Jerman itu meningkatkan serangan sejurus separuh masa kedua bermula.

Kerja keras Werder berhasil apabila Pizarro merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-68 selepas menanduk sepakan percuma Diego, dia kemudian menambah gol kedua, juga menerusi tandukan di minit ke-78.

Kemenangan itu bakal menemukan Werder dengan kelab Perancis, Saint-Etienne, yang mara selepas menyingkirkan wakil Greece, Olympiakos menerusi agregat 5-2.

Di Moscow, tuan rumah menggunakan kesempatan penuh atas tindakan jurulatih Villa, Martin O'Neill merehatkan tonggak utama.

Menanti mereka pada pusingan seterusnya adalah Shakhtar Donetsk dari Ukraine, yang mengecewakan satu lagi kelab England, Tottenham menerusi agregat 3-1 selepas pertemuan di London semalam berakhir 1-1.

Sementara itu, di Manchester, Craig Bellamy muncul wira City apabila menjaringkan dua gol untuk membawa pasukan itu bertemu Aalborg dari Denmark, yang mara menerusi agregat besar 6-1 ke atas wakil Sepanyol, Deportivo La Coruna. - Reuters

Career Carnival