Wednesday, March 18, 2009

Nik Aziz ke dunia blogger politik tanah air

KOTA BHARU 17 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.

"Beliau (Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.

Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.

"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.

"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.

Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.

Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Penyokong Ali dan pembangkang hampir bergaduh

MELAKA 18 Mac - Para penyokong UMNO dan pakatan pembangkang hampir bergaduh di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri di sini tengah hari tadi.

Perang mulut antara kedua-dua parti itu bermula sejak pukul 12 tengah hari apabila sekumpulan 30 penyokong pakatan pembangkang hadir ke pejabat SPRM bagi mendesak suruhanjaya itu menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Situasi bertambah tegang apabila salah seorang penyokong pakatan pembangkang bertindak mencabar kira-kira 200 penyokong UMNO sehingga berlaku aksi membaling botol mineral menyebabkan laluan trafik menjadi sesak di hadapan pejabat SPRM.

Kehadiran kira-kira 20 anggota polis bagaimanapun berjaya mengawal situasi daripada menjadi semakin tegang sehingga kedua-dua parti bersurai pukul 2 petang tadi. - Utusan


Terima lah hakikat kalau dah terbukti bersalah tu.. Banyak lagi tindakan yang patut diambil oleh Ali.

Harap diampunkan kesulitan

Aku nak ubah tamplate tapi makin buruk lagi ada..Sori ya sebab ada masalah teknikal sikit kat blog aku ni.

Banyak jugak nak buat posting hari ni, tapi segalanya tergendala.

Bagi yang setia, teruskan kesetiaan anda, jangan pernah luntur walaupun disimbah clorox!

Isu nama Allah

Dah lama aku tahu lagu agnes monica ni, tapi bagi aku benda ni x sensitif kecuali bagi mereka yang ada kepentingan politik sahaja.

Apa kaitan Nama Allah umat islam Dan Allah umat bukan islam?

Bukak balik kitab bible kalau nak tahu. Sejak zaman Musa A.S pun org yahudi panggil tuhan mereka Allah juga.

Yang menjadi isu nya adalah ditakuti orang yang tidak ada akidah yang teguh sahaja. Mereka akan mudah tertipu apabila mendengar nama tuhan adalah serupa.


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti Mengapakah harus terjadi Di dalam kehidupan ini Suatu perkara yang ku simpan dalam hati Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sbab Allah mengerti Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sbab Allah Yesus ku mengerti

Dalam perancangan..

Skuad elit wanita aku akan menghukum perempuan yang dah dajal menghina nabi aku.Siap la golongan wanita yang menghina nabi Muhammad dan anti hadis. Peluang taubat mu dah berakhir, banyak ulama sudah bagi warning, you all buat dee je..Mampus ko ahli neraka!


Skuad syahidah:





Sasaran utama:
Laknat SIS guna nama Allah maha pengasih pada logonya.

Gambar Bekas-Bekas Teman Wanita Cristiano Ronaldo

Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo?Cristiano Ronaldo merupakan salah satu pemain kelab bola sepak iaitu Manchester United (M.U).Beliau antara pemain bola sepak yang digilai oleh ramai peminat perempuannya di seluruh dunia,berikut adalah gambar bekas-bekas teman wanitanya.Semuanya cantik-cantik belaka,tidak boleh dibandingkan.Bertuah kalau penulis Syok Blog,Alan Marz menjadi seperti Cristiano Ronaldo.
BIPASHA BASU, MODEL INDIA



GEMMA ATKINSON. MODEL (search sendiri)

KEELEY HAZEL. MODEL


MERCHE ROMERO. MODEL



NEREIDA GALLARDO(search sendiri)




NIKI GHAZIAN, IRAN(search sendiri)

from: Isu dunia melayu global

maaf kalau pernah mengundang sensitivity sebelum ni. Jangan biarkan gadis melayu jadi macam ni

Liga Arab enggan tangkap Omar


DAMSYIK - Pengerusi Liga Arab, Amr Moussa menolak permintaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) untuk menangkap Presiden Sudan, Omar Al-Bashir atas dakwaan melakukan jenayah perang di Darfur.



Beliau berkata, Qatar turut menolak permintaan secara individu oleh mahkamah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.



Pada masa yang sama, Omar membayangkan kesediaan beliau untuk menghadiri sidang Liga Arab di Qatar lewat bulan ini.



Amr yang berada di Syria kelmarin turut memberitahu, beliau bimbang penangkapan Omar akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan di Sudan.



Presiden Sudan itu menafikan semua dakwaan ICJ terhadapnya.
Malah, beliau turut menegaskan untuk tidak memberi kerjasama terhadap mahkamah yang berpusat di Belanda itu.



Setakat ini, hanya tiga daripada 22 negara anggota Liga Arab yang mengiktiraf ICJ iaitu Jordan, Djibouti dan kepulauan Komoros.



Sudan sehingga kini mengusir 13 agensi bantuan asing yang kebanyakannya beroperasi di Darfur kerana didakwa menjadi tali barut ICJ.

tertindih dan yang menindih..

Semalaman aku ditindih oleh makhluk tuhan yang mana satu entah yang suka sangat nak ganggu aku ni..

Berat2 sangat, entah apa yang dia makan hingga aku tak mampu nak bergerak.

Tapi makhluk tu tak tahu yang ini bukanlah kali pertama aku ditindih oleh sejenisnya.

Dalam separuh sedar aku dapat rasakan bisikan manja di telinga aku, tapi aku tak paham sebab frekuensi lain.

Amat sedih lah makluk itu kerana hanya mampu menindih aku untuk seketika sahaja sebab aku dah banyak kali terlepas dari titik tindihan di dada. Seolah2 aku mengalihkan nya ke tangan kanan aku.

Macam mana aku alihkan pun aku xda ilmu tu, tapi zikir yang diucap berulangkali di dalam hati banyak membantu aku. Hanya kepada Allah aku memohon pertolongan, bukan makhluk sial itu...

Percaya atau tidak? terpulanglah kepada masing2....

TUANKU SULTAN KEDAH di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.

Oleh Abd Wahab Osman

POKOK SENA, 15 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Sultanah Haminah Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang, Dato’ Haji Md Rohsidi Osman.

Majlis perkahwinan anak perempuan Adun Bukit Pinang itu dilangsungkan dengan meriah di Kompleks PAS Jalan Langgar, Pokok Sena.