Friday, August 21, 2009

pengumuman puasa ramadhan 2009

UMNO tidak suka Ulama

syurganraka





Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi kesal dengan tindakan majlis fatwa yang sanggup dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan Umno yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya.

Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan tok guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika.

Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi tok guru.

Tambahan lagi, pelbagai tafsiran serta kenyataan balas oleh ahli agama dan akademik lain dibuat hanya berdasarkan andaian tidak berasas masing-masing tanpa merujuk maksud sebenar ucapan tok guru.

next;

Tok Guru sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?

selamat berpuasa dan beribadah

http://nahrizuladib.com/wordpress/wp-content/uploads/2008/08/ramadan08-g.jpg