Friday, February 27, 2009

Akibat terlalu

Akibat terlalu......

Terlalu LAMA BERDIRI?
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu LAMA DUDUK?
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

Terlalu LAMA MELIHAT?

Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

Terlalu BANYAK TIDUR?
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

Terlalu RIANG/GEMBIRA?
Merosakkan usus.

Terlalu KERAP MARAH?
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu BANYAK BERFIKIR?
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

Terlalu BANYAK BERSEDIH?
Merosakkan jantung.

Terlalu MERANA?
Merosakkan paru-paru.

Terlalu TAKUT?
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu KERAP TERKEJUT?
Merosakkan pundit hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

Terlalu BANYAK MAKAN?
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ?garam? lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

Terlalu BANYAK MINUM AIS?
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

Terlalu BANYAK MASA LAPANG?
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup positif.

Orang Islam sendiri jatuhkan Khalifahnya


Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang
memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah
orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada
tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek
yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya
bernama AliRed a Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa
kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya
yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah
sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan
kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa
Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang
berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah
menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek
moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar
Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri
daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun
1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam
bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka
sebahagian daripada Nabi Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu
kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran
Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah
dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera,
beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu
dengan pemikiran dunia Islam.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani
satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam
perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi
oleh beliau iaitu:

Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki

Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti
kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).

Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali
beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan system
Khalifah Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam
urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system
pemerintahan secular ciptaan barat Kristian.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam
dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil
undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali,
undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang
dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak
perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di
dalam system pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang
melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan
itu, beliau ada menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada
agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan
fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya.
Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya
agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup
manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara
akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara
agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain
lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi
ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat,
berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.

d) Azan Dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau
mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan
dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab
kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W
dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan
semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat.
Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab.
Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa
Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin
kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara
senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki,
bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan
mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak
dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini
merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu
dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain
bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran
Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab,
mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian
ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan
dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat
Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian
seperti itu sehingga mereka seolah-olah oran barat.

g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada
hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang
menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di
negeri-negeri barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada
kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya
agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat
Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar
tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di
barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan
lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna
cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan
oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki.
Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya
disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya
jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati
sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga
mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian
rupa adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau
sebagai bapa Turki moden? Bagi penulis dengan melihat kepada
perubahan-perubahan yang dilakukan itu bolehlah dikatakan beliau adalah
anak didik barat, seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada
agama Islam serta seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh
Rasullah S.A.W secara terang-terangan.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais
di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau
menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september
1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar
selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan
ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)
selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak
ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak
menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman
dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Kabinet batal kenaikan tol

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. – Utusan


Tak cukup lagi, turunkan semua tol!!

Herald allowed to use the word 'Allah'.

KUALA LUMPUR: The Catholic Herald magazine is permitted to use the word Allah provided the publication clearly states the words “For Christians only” in its masthead.

Herald editor Father Lawrence Andrew said this was stated in the recently gazetted Internal Security Act signed by the Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar on Feb 16.

“The next edition of the Herald will contain the word Allah, and we will print the words “For Christians only” on the masthead so as not to contravene the Act,” he said.

It is learnt the Act also forbids the use of the words Kaabah, solat and baitullah.

Meanwhile, the Home Ministry’s Quran Publication Control and Text Division secretary Che Din Yusoh confirmed the content of the gazetted Act.

The High Court will today hear the mention of the case about the use of the word Allah in the Herald.

The Archbishop of Kuala Lumpur, who is the plaintiff, had applied for a judicial review of a Home Ministry directive last year forbidding the Herald publisher from using the word Allah as a synonym for “God.”

The plaintiff’s counsel Porres Royan had argued that the directive was unlawful and that the word was not exclusive to Islam.

On Dec 5, the publisher filed a writ of summons in the Kuala Lumpur High Court to seek a declaration on the use of the word.

The other respondents were the Home Ministry, the Government and the state Islamic Councils of the Federal Territory, Terengganu, Penang, Selangor, Kedah, Johor, Malacca and the Malaysia Chinese Muslim Association.

Lagenda Nabau (ular gergasi) Benar atau Rekaan

Lagendanya memang benar tapi kewujudannya menjadi tanda tanya.

Tontoni video dibawah.

Musim Umrah dan Ziarah dah bermula


Pada tahun ini, rasa-rasanya musim umrah dan ziarah sudah pun bermula. Bagi yang berkemampuan, digalakan mengerjakannya sebagai persediaan menunaikan ibadah haji.

Jika Jemaah tersebut adalah rombongan pertama dari Malaysia, mereka amat bertuah kerana belum ada jemaah dari negara lain lagi yang tiba disana. Mereka boleh menghabiskan banyak masa di tempat-tempat yang mustajab seperti di makam Ibrahim, di dalam hijr Ismail, di depan-depan pintu kaabahdan sebagainya. Pada pengalaman saya, waktu inilah paling mudah untuk Jemaah mencium hajarul Aswad.

Percaya atau tidak, saya berasa begitu puas hati kerana dapat menciumnya sebanyak mungkin hingga tak terkira. Tiap-tiap masa pun boleh menciumnya kecuali ketika solat fardu. Waktu paling mudah adalah selepas solat subuh, kerana ketika itu amat sedikit jemaah yang berada di Masjidil Haram.

Waktu ini juga amat sesuai untuk berdoa di depan Multazam (dinding Ka'bah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah) dan dihadapan pintu ka'bah sehingga saya boleh mengusap pintu emas tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Antara Rukun Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya". Dah selesai berdoa, tunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail pula, dan waktu ini amat sesuai bagi wanita kerana waktu dibenarkan memasukinya.

Kalau berkemampuan kerjakanlah umrah sebanyak mana yang anda mampu disana, ikut cita rasa nada, jika mampu buat 2 umrah sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, kalau tak mampu buat sekali dalam 2 hari.

Kalau nak tengok perlaksanaan hukum hudud pulak, pergi kat Tanaim, tiap hari Jumaat tapi waktu bila tak berapa pasti( anda boleh tanya agen muassasah), anda pasti takut melihatnya, tapi inilah hukaum Allah yang sempurna. Kat tempat-tempat lain pun ada juga, boleh tanya agen anda.

Ziarahlah disekitar kota mekah. Ambil foto jika mampu. Mungkin dalam masa sedekad lagi tempat-tempat sejarah akan dihapuskan dan tiada apa yang boleh anda dan generasi anda lihat lagi untuk dikenang. Ini kerana pemerintah saudi yang berfahaman Wahabi tidak menyukai 'perangai' jemaah yang suka berziarah ke tempat yang tak penting bagi mereka.

Bagi ziarah di Madinah pula, segalanya telah siap tersedia di semua pakej, tak perlu risau. Mungkin ada penambahan tempat-tempat baru ziarah mengikut pakej masing-masing.

Makanan yang paling sedap dan popular pulak adalah nasi 'mandi'. Nasi ini dimasak dengan seekor kambing di dalam pasir. Jika anda ingin mencubanya, boleh cakap dalam bahasa melayu/indonesia kerana semua pekerja mereka faham. Susu unta juga amat berkhasiat, jika anda mempunyai masalah kurus, boleh cuba minum susu unta, sedap tak terkata.