Friday, February 27, 2009

Musim Umrah dan Ziarah dah bermula


Pada tahun ini, rasa-rasanya musim umrah dan ziarah sudah pun bermula. Bagi yang berkemampuan, digalakan mengerjakannya sebagai persediaan menunaikan ibadah haji.

Jika Jemaah tersebut adalah rombongan pertama dari Malaysia, mereka amat bertuah kerana belum ada jemaah dari negara lain lagi yang tiba disana. Mereka boleh menghabiskan banyak masa di tempat-tempat yang mustajab seperti di makam Ibrahim, di dalam hijr Ismail, di depan-depan pintu kaabahdan sebagainya. Pada pengalaman saya, waktu inilah paling mudah untuk Jemaah mencium hajarul Aswad.

Percaya atau tidak, saya berasa begitu puas hati kerana dapat menciumnya sebanyak mungkin hingga tak terkira. Tiap-tiap masa pun boleh menciumnya kecuali ketika solat fardu. Waktu paling mudah adalah selepas solat subuh, kerana ketika itu amat sedikit jemaah yang berada di Masjidil Haram.

Waktu ini juga amat sesuai untuk berdoa di depan Multazam (dinding Ka'bah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah) dan dihadapan pintu ka'bah sehingga saya boleh mengusap pintu emas tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Antara Rukun Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya". Dah selesai berdoa, tunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail pula, dan waktu ini amat sesuai bagi wanita kerana waktu dibenarkan memasukinya.

Kalau berkemampuan kerjakanlah umrah sebanyak mana yang anda mampu disana, ikut cita rasa nada, jika mampu buat 2 umrah sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, kalau tak mampu buat sekali dalam 2 hari.

Kalau nak tengok perlaksanaan hukum hudud pulak, pergi kat Tanaim, tiap hari Jumaat tapi waktu bila tak berapa pasti( anda boleh tanya agen muassasah), anda pasti takut melihatnya, tapi inilah hukaum Allah yang sempurna. Kat tempat-tempat lain pun ada juga, boleh tanya agen anda.

Ziarahlah disekitar kota mekah. Ambil foto jika mampu. Mungkin dalam masa sedekad lagi tempat-tempat sejarah akan dihapuskan dan tiada apa yang boleh anda dan generasi anda lihat lagi untuk dikenang. Ini kerana pemerintah saudi yang berfahaman Wahabi tidak menyukai 'perangai' jemaah yang suka berziarah ke tempat yang tak penting bagi mereka.

Bagi ziarah di Madinah pula, segalanya telah siap tersedia di semua pakej, tak perlu risau. Mungkin ada penambahan tempat-tempat baru ziarah mengikut pakej masing-masing.

Makanan yang paling sedap dan popular pulak adalah nasi 'mandi'. Nasi ini dimasak dengan seekor kambing di dalam pasir. Jika anda ingin mencubanya, boleh cakap dalam bahasa melayu/indonesia kerana semua pekerja mereka faham. Susu unta juga amat berkhasiat, jika anda mempunyai masalah kurus, boleh cuba minum susu unta, sedap tak terkata.

No comments: