Saturday, August 8, 2009

tentang kereta malaysia( bukan aku yang komen)

emel kat bawah ni dh byk kali d forward orang. Ade rasional jugak dia komen panjang2 nih..cuma kita hanya mampu untuk membuat renungan sahaja. dasar kerajaan xleh d ubah da.


http://hsudarren.files.wordpress.com/2008/01/new_proton_saga_1.jpg


http://www.prontocarrental.com/prontocar/ve/kancil.jpg

KOMEN-KOMEN MENGENAI PROTON KERETA 'KEBANGGAAN'
RAKYAT MALAYSIA


Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton). Saya pasti yang
kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.
Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya
mengeluarkan
KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH.
Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya
adalah
Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua). Sungguhpun begitu saya
percaya dalam
setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan
sesuatu yang hanya dibincangkan
secara tertutup dan perkataan2
mereka tidak sampai ke perbincangan umum.


Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi
sesiapa yang berminat
untuk berkongsi pendapat secara matang dan
berilmiah semoga ia mendatangkan
manfaat bersama.


KUALITI

Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah
seperti kita
semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi
bagi yang diekspot,
ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang
memenuhi piawaian negara berkenaan
yang ketat itu. Further more,
harga pulak murah. Warranty lama. Tapi mintak
maaflah, sebab mat2
saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada
yang
beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut
atau
jadikan kereta sampingan. Kalau nak melawa tak de la nak pakai proton.
Jadi kalau kualiti sebegini diberi
kepada mat saleh, dan kualiti teruk untuk
rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada
kawan2 semua untuk menilai.


BUATAN TEMPATAN

Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun
nak ajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi
tempat pasang body.
Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya
kereta yang dipasang di Malaysia
(buatan malaysia) lebih mahal dari
kereta yang diimpot seketul dari jepun
(ketepikan tax GILA tu).
Magic ke nie ?.

Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar
dan bukannya
Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil),
Daih Terios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok?.


KEPUASAN

Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan,
PASTI nak tukar/
tambah beberapa perkara.

1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power
window Depan aje) dan sebagainya.

Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak
perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap.
Melainkan
kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.


HARGA

Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah
Proton.
Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton.
Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?

Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2
sebab orang
terpaxa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA
PILIHAN,
jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan
dengan harga dan
kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan
memilih Proton.


Mengapa harga proton murah ?.

Sebenarnya harga Proton MAHAL !.


Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX
sebanyak 300-400%
GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru
RM 33,333.33 ++. Sedangkan Proton Iswara
Aeroback (TEMPATAN)
berharga RM 37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan

Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll.
Jadi, murahkah Proton ??.

Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00
dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar
kereta lain.
Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa membayar
LEBIH dari sepatutnya
untuk mendapat sebijik kereta yang rendah kualitinya.
Sebenarnya kita suka dan
sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN.
Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta
yg diberi tu biarlah BERBALOI
dengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya
Milionaire.


SPARE PARTS

Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts
dia MURAH. Pengguna
kereta lain kalau nak dapatkan spare
parts kadang2 kena order dan harga pun
tinggi. Harga Spare
Parts kereta lain ini pun tinggi disebabkan TAX terhadap
kereta
import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok.

Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2 (runcit), harga pun
tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama lain.


KEMALANGAN

Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan. Tapi
kalau secara
saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling
senang rosak ?.

Untuk pengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje.
Kalau kemalangan
kecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar).
Bumper bukannya dapat BUMP tapi
jatuh dulu. Bagi siapa yang
guna Wira, lampu signal depan paling senang nak curi.

Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300(sepasang).


EON

Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie
bukan Proton tapi
kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh
elak cerita pasal EON.


Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3),
dia
tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll).
hahahahaha free RM 6500 kat dia. Sport rim = RM 1000 ??,
Spoiler RM350??,yg lagi
kelakar...
Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha!


Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type
mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type
nie dee..
Seketul dtg full Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya,
Type 'A' ade jual lagi ?
Dia kata dah tak jual dah.
(Type A ialah paling takde dia punya Acces).

Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah jenis tu.
KOROK dia!! Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power
Window,Central Lock
dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg
bubuh. Jadi camana kate Proton dah tak
keluar jenis tu ?

EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat,
kadang2 kereta
sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak
cepat bayar lebih 3-4 ribu,
kalau tak mau tak apa".
Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4 ribu,
esok jugak keluar
kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera.


Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer.
Seminggu bole keluar kete.
Ade salesman yg jual cuma 2 bijik
sebulan. Nak makan apa ?.
Masa tu baru la layan customer
dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu

takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie
ekonomi naik balik,
siap le jadi balik cam dulu.


KENAPA BELI ??

Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul
org proton nie yea..
Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita
beli sebab TERPAXA (ulangan). Takkan
nak beli lori nak bawak
anak bini. Nak beli kereta TOYOTA, berapa lak harganya
(setelah tax).

Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu harga

RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton
punya kualiti gak.
Masalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua).
Atau family kita masih
tak ramai.Atau jalan dekat2.

Masalahnya, kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak
mampu pakai DUA kereta.
Atau beli kereta lain bila family besar
sikit. Jadi kalau beli kereta tu
jadi pelbagai guna la. Dari pegi pasar
sampai balik kampung. Kalau pakai
kancil emm tahle.
Satu lagi, bukan nak sombong laa.. kita graduate dan level +- Executive.
Tapi takkan la dia samakan level kita dengan Moto aje atau Kancil.
Tapi nak buat
macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa
kita beli kancil, terpaksa la.
Kalau diberi pilihan, pemilik kancil mesti nak
kereta Sedan.


Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang
dan
bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju.
Masalahnya harga
kereta dalah harga barangan Mewah.

Student2 Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan.
Student di Malaysia ??? Nak beli moto pun harap Bapak tolong.

Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta (bukan kereta
mewah, tapi
kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia
kerja McD, naik bas ajela.



STAFF PROTON

Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka
kerana mereka semua
sebagai perlaksana dan bukan penentu
dasar. Eksekutif2 mereka tak dapat berbuat
apa2 dengan perkara
ini. Mesej ini untuk renungan bersama dan kalau dapat
dipanjangkan
ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.



AFTA

Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia
yang semua negara kena
ikut kalau nak bersaing dalam pasaran
dunia. Tak tau bila Malaysia nak implimenkan.
Kalau ON maknanya..
Harga kereta import tak bole lagi dicukai 300-400%.

Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak.
Masa tu Proton tak bole
lagi MANJA harapkan gomen punya tax
utk lakukan jualan. Kali ini Proton kena betul2
bersaing dari segi
KUALITI, LAYANAN, PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA.

Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat,
BUNGKUSSSS Proton.


Anyway, setakat ini saja untuk kali ini.
Maaf kalau ada nada yang emosional.

Just practicing my rights as a Malaysian and a User.
Macamanapun saya rasa mesej

saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada carut pls).

Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.

Wassalam.

stop taking people's belonging

http://img.asiannet.com/customer/215432/comm/upimage/p_090313_07662.gif
pembaris 20 cm aku kene kapan pada hari khamis, bersamaan nisfu syaaban, hari amalan setiap manusia diangkat ke langit. waktu tu tengah buat quiz separation. fed up jugak asyik nak kene beli benda simple2 mcm ni..semoga Allah menambah rezeki aku..Amin