Tuesday, March 17, 2009

musik pilihan aku yang dikontroversikan sesetengah pihak




Lagu yang aku dengar sejak dari bangku sekolah lagi(sekolah sekarang dah ada kerusi) adalah dewa 19 dan cabang2 lagu ahmad dhani.

Agak terkilan jugak bila lagu aku ada di ban oleh sesetengah pihak kebanyakkannya ulama indonesia. Namun kesetiaan aku x pernah pudar bak pohon sakura berbunga pada setiap tahun pada musim bunga..hehe(aku pun x reti peribahasa).

Jika diamati lirik2 lagunya memang memberi 1000 erti, yang paling aku perasan adalah elemen ketuhanan. bukan semua band musik rock dapat baut cara ni, lebih2 lagi dianggotai oleh once(nasrani). Jika diimbas dari sudut rabaniah memang segalanya kecintaan itu terjurus kepada Allah yang satu.

Moga2 band dewa 19 ini akan bertahan hingga akhir hayat aku di dunia.

faktor cepat letih dan sebagai student

buku tak habis dibelek lagi


buku OC2 ada 1300 ms


tengah kira AW economy malaysia sekarang


buku yang susah nak dipaham



kerana apa yang dilalui aku tiap hari sudah tidak mengikut cara hidup nabi lagi contohnya:

1) kurang tidur malam, banyak tidur siang

2) makan sampai kenyang, tengah malam lapar balik, tak dapat tidur lena

3) otot2 aku jarang2 diregangkan bila buat kerja

4) beban ilusi dalam kepala amat berat sehingga kepalaku perlu bertongkat (tension)

5) khuatir dengan pembelajaran

6) Hatiku terluka


Penyelesaian masih dalam tempoh percubaan:

tidur awal bangun awal. Tempoh normal aku tidur malam selama 10 tahun ini adalah 8 jam.

tidur sikit di tengah hari. tak pernah lagi kurang dari sejam. paling kejap pun 1 setengah jam. Fuh~

bila kala lapar, cari makan, haus, cari minum, dan bila dah nak kenyang berhenti.

berlatih dengan pedang hitam aku supaya seluruh badan diregangkan.

membiarkan apa yang buruk yang telah berlaku dalam hidup ini sebagai kenangan yang dilupakan.

memulakan bisnes baru..

Politik Umno kini..

Berita dari kaum muda:

Nampak gayanya pemilihan UMNO minggu depan dijangka panas, kerana dah lama hujan turun dalam bulan ni. Jadi Pastikan aircond berfungsi. Kalau hari hujan pun sediakan payung.

Baru tadi aku tengok muka Ali Rustam kecewa gila babi( bukan ali yang gila babi, cuma metafora bahasa aku saja). Macam dah putus asa nak jadi naib presiden. Pelik la dia kalau tak kecewa, sebab atau mungkin ali rustam sejak kecil lagi bercita2 menjadi PM satu masa nanti.

yang pelik nya, calon sorang lagi, Muhammad taib, yang kaya raya tu pun tak rasuah.(betul ke ni?)
Malas aku nak mencari sebab dia tak rasuah, sebab dia xda kaitan dalam hidup aku.

calon ketua pemuda, Khairi Jamaludin pulak rasuah jugak, tapi x sebanyak duit ali rustam ada mungkin, sebab tu hukuman dia ringan sikit. lagi pun dia tu menantu PM. Jatuh la air muka PM jika menantu kena hukum berat2.

Apa pun, banyak lagi bloggers politik yang tengah menganalisis perkembangan dalam UMNO ini. Ada yang benar dan ada yang fitnah. Jauhilah fitnah itu, nanti terkena diri sendiri, aniaya kamu hai manusia!

Brunei gugur Limbang

Berita dari aku:

perpampang( x tahu ejaan betul ke x) besar di dada akhbar utusan malaysia hari ini:




ABDULLAH Ahmad Badawi dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertukar-tukar Surat Pertukaran selepas majlis menandatanganinya di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.


BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.

Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Tuanku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya, Putera Mohamed Bolkiah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

“Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang dan dengan ini Limbang akan menjadi sebahagian dari wilayah kita.

“Apa yang lebih menggembirakan lagi ialah isu-isu sempadan dan perkara-perkara pokok yang berlarutan begitu lama sejak 1995 telah dapat diselesaikan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei.

Selain masalah persempadanan darat di Limbang, penemuan sumber baru minyak di kawasan seluas 150 kilometer oleh Petronas turut mencetuskan masalah persempadanan maritim kedua-dua negara berjiran itu.

Pada sidang akhbar yang sama, Perdana Menteri berkata, penyelesaian kepada perkara-perkara pokok dalam isu-isu berkaitan sempadan dan tuntutan bertindih itu akan membawa banyak kebaikan kepada kedua-dua negara.

Menurut beliau, hubungan Malaysia dan Brunei selepas ini akan melalui era baru dalam kerjasama dua hala tanpa dihantui lagi oleh perkara-perkara yang boleh menimbulkan prasangka.

“Oleh itu, saya dan kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Sultan Brunei atas kerjasama yang diberikan atas semangat yang sama iaitu tidak mahu isu-isu tersebut menghantui hubungan sesama negara anggota ASEAN,” tegas Abdullah yang terpaksa pulang ke tanah air segera kerana ada acara lain di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), petang ini.

Abdullah yang tiba di sini malam tadi diiringi oleh isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Sementara itu, dalam pernyataan bersama oleh pemimpin kedua-dua negara yang dikeluarkan sempena majlis menandatangani Pertukaran Surat tersebut menyebut antara lain persetujuan mengenai isu persempadanan maritim, penentuan kawasan komersial (CAA) bagi sumber minyak dan gas.

Turut dipersetujui adalah memberi hak (unsuspendable rights) kepada penduduk Malaysia menyeberangi sempadan perairan Brunei - dari atau ke arah destinasi di Sarawak - tapi masih terikat dengan undang-undang serta peraturan negara jiran itu.

Malaysia dan Brunei juga mencapai penyelesaian kepada perkara-perkara yang sebelum ini menimbulkan ketidaktentuan di sempadan maritim dan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEC).

Melalui persetujuan itu, kedua- dua negara boleh menguatkuasakan undang-undang atau peraturan sendiri di kawasan zon maritim masing- masing.

Pemimpin kedua-dua negara itu berharap penyelesaian kepada isu-isu tersebut akan merintis kerjasama lebih besar dalam pelbagai bidang terutama perdagangan, pelaburan, sumber tenaga dan hidrokarbon, pelancongan, industri halal dan sebagainya.

Pada perkembangan sama, Ketua Menteri Sarawak melahirkan rasa gembira dengan penyelesaian isu-isu sempadan yang bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk kedua-dua negara.

Menurut Taib, Limbang akan dimajukan termasuk membangunkan sumber tenaga melalui pembinaan empangan. – Utusan




To Sultan Brunei: Patik beterima kasih sebagai rakyat negeri Serawak

To abdullah badawi: Limbang needs pembangunan. Please go there to see by your own.

To taib: purpose to abdullah to 'give' limbang division a few bridge, fell like hell when Q waiting for the ferry!

Happy Earth Hour


malhebat is a supporter of earth hour 2009. Don't forget to join us to switch off the light on

Date: 28 mac 2009

Time: 8.30 pm

Location: Around Malaysia

For 1 hour.

to join malhebat, please sign up at here

more info about this program at http://www.earthhour.org/

This look alike silly program brought to you by: