Sunday, March 15, 2009

Lelaki berkaki satu gigih menyara keluarga

BELURU: Berjalan berpuluh-puluh kilometer setiap hari mungkin perkara biasa, namun ia bukan sesuatu yang mudah jika anda memiliki satu kaki.

Namun bagi Luyoh Nyalu, 51 dari rumah panjang di Telajin, Sibuti, kekurangan itu bukan alasan untuk dia duduk di rumah mengenang nasib.

Biarpun ada pihak memandang remeh dan mempersendakan kemampuannya, ia dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan.

“Setiap hari saya ke kebun mengambil buah sawit dengan bantuan tongkat.

“Memang rimas pada mulanya, namun mengenangkan dua orang anak perempuan yang perlu disara saya teruskan juga bekerja,” katanya yang ditemui di kebun sawitnya di Beluru, kira-kira 90 kilometer dari Miri.

Menurut Luyoh, dia kehilangan kaki kiri selepas ditimpa kayu semasa membersihkan tapak huma pada 1979, kira-kira 30 tahun lalu.

Katanya, dia sedang memotong pokok kayu tersebut menggunakan gergaji berantai apabila pokok itu tiba-tiba tumbang dan menimpa kakinya.

Sejak kehilangan sebelah kaki, Luyoh terpaksa mengalami fasa kehidupan yang baru sebagai orang kurang upaya (OKU).

Namun semangat untuk menyara keluarganya tidak pernah luntur.


Lagi? tenguklah ke utusan borneo

Bloggers only make noise, says Masing

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Dato Sri Dr James Masing says the emergence of many pro-opposition Dayak bloggers is not a true representation of the feeling of the majority of the Dayak community.

He said the blogs, most of which were in support of Parti Keadilan Rakyat (PKR), were only confined to bloggers with an anti-establishment sentiment.

“These bloggers tend to make a lot of noise, but I do not believe they represent the majority. Just because they are bloggers they make a lot of noise and incite the people.

“Yet, the majority of people in Sarawak are not inclined towards that kind of thinking. The community in general are more rational in their thinking,” he said.

Masing, who earlier attended the State BN supreme council meeting here, was asked by reporters the impact of blogs on the Batang Ai by-election.

Though the blogs might not side BN, he said he was not all against criticisms made by the bloggers against BN. He said some of the criticisms allowed BN to see its faults and shortcomings.

“Bloggers who are against BN are like mirror. You do not ignore the image you see in the mirror. If there is a pimple, cure it. If there is something wrong, erase it. Do not break the mirror if you do not like what you see. You’ve got to be positive,” he said.

He nonetheless expressed his disappointment with criticisms, which tend to be vindictive rather than contributing towards the development of the community.

Some bloggers, he added, must also ‘walk the talk’ rather than just making criticisms.

“I welcome positive criticism. If ignored, human civilisation will never move forward, that’s what I always think.

“But (to the bloggers), don’t criticise for the sake of criticising. That is being vindictive, and it gives a poor impression of the critic himself,” he said.

Rokok

Cakap pasal rokok, aku suka tengok orang merokok. Hasil pemerhatian aku, perokok diklasifikasikan kepada 2:

1) Tegar

2) kejap nak kejap tak nak

Analisis pemerhatian aku pulak tebahagi mengikut gender:

1) Perokok lelaki

2) perokok betina

Dan gross error dalam pemerhatian aku pulak (bukan silap mata aku):

Couple merokok bersama-sama.

Komen aku pulak:

PELIK!!

Chong Wei juarai Terbuka Switzerland

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi.

Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18. - Utusan

Berita dari aku:

Malam semalam waktu malaysia pula, Liverpool menang 4-1 mengalahkan musuh bertamadun MU di Old Trafford (kubu gagah MU)..HahAHa

Apakah umat2 islam yang muda mengenali ulama mereka?

Jika titanya siapakah ulama yang kita kenal, apakah jawapan anda?

Yang dapat jawab pun akan kata Sheikh Yusuf Alqardawi.

Ada jgak yang jawab Nik Aziz.

Ada yang kata Datuk Zahid Hamidi. (ulama aliran apa la ni)

Dan paling ramai kata tak tahu.

Terbuktilah kita sudah tidak mementingkan golongan pewaris nabi ini yang sepatutnya didampingi kerana ilmunya. Denia yang menghampiri ajalnya..

Apalah kehebatan kita berbanding ulama yang lebih arif hal ehwal agama berbanding mufti2 di malaysia, Menteri hal ehwal islam dan sekedudukan dengannya.

Lihatlah apa yang terjadi apabila kita berpegang dengan hukum yang kita buat sendiri tanpa meyakini pendapat atau ijtihad para ulama dunia.

Kehancuran, penindasan, perpecahan, dunia satu identiti dan sbgnya.

So, lihat lah wajah2 ulama yang patut kita tahu.

Syeikh Muhammad Khalil Al Khotib Al Syadzili

Syeikh Muhammad Khalil Al Khotib Al Syadzili
salah seorang tuan guru Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya'rawi

Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya'rawi

Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya\
antara ulama' tersohor di bumi Mesir

Dr Ali Jumu'ah

Dr Ali Jumu\
Mufti Republik Arab Mesir

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
ulama' yang berasal dari Banjar Masin, Kalimantan, Indonesia.



Ulama\
Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'eth Al Kittani




Dr Wahbah Az-Zuhaili, ulama' Syria




Syeikh Nabil Muhammad




Syeikh Usamah Al Azhari




Dr Abd Aziz Hanafi




Syaikh Sa'id Hawa




Syeikh Ahmad Ahmad Na'ina'




Syaikhul Azhar
Prof Dr Sayyid Muhammad Tontowi




Syeikh 'Atiyyah Saqr

Ada lagi, tapi you cari la sendiri..

Posting aku makin sikit?

Aku terima banyak komen dari kekawan aku yang menyatakan keluhan isi hati diaorang yang posting aku makin sikit.

Sebabnya adalah..

1) F**K WifiUTM yang banyak kali putus line

2) Aku sibuk dengan Program malam tadi aka GESS NYTE. Event penting untuk umat gas student di UTM. Macam malam anugerah skrin jugak. Macam malam anugerah fesyen pun ada jugak.

3) Keletihan otak. Banyak lagi tak buat lab report. Economy tak tau apa pun.


Apa pun, diharap asalan aku ini boleh diterima oleh kamu semua yang setia mengushar blog aku ni.

Terima kaseh juga kerana memberi ikan2 alien aku makan dikala aku tiada ..hahaha

Nantikan gambar2 & video2 pasal gess nyte yang akan dipost setelah habis dicompilekan.

Akhir kata, Selamat pagi dunia!

MBI roboh plak pokok demokrasi

IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

— BERNAMA

Kemas bilik!

Bersempena hari ahad, hari untuk berehat ini, aku terpaksa, mahu tak mahu mengemas bilik double yang aku sorang duduk ni.

huhu..

Baik aku kemas sebelum bilik aku kena ambush lalu disaman pengurus asrama kolej.

mencegah lebih baik dari mengubati.

Mussen Lamoh bertanding di Batang Air

000049618.jpg

KUCHING 14 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sebulat suara mencadangkan Malcom Mussen Lamoh (gambar), 49, dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengumuman rasmi mengenai nama calon itu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini setelah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Abdul Taib menggambarkan calon yang dipersetujui itu sebagai seorang yang mendapat sokongan cukup baik daripada akar umbi serta seluruh kawasan yang bakal diwakilinya.

“Calon ini mempunyai personaliti yang cukup menarik, mempunyai rekod yang baik malah paling penting ialah mahu menunjukkan keinginan berkhidmat untuk rakyat.

“Saya sendiri secara peribadi berkeyakinan kepada calon ini yang sekali gus akan membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa BN Negeri di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jalan Bako pada petang ini

Mussen merupakan Jurutera Jabatan Pertanian dan berasal dari Lubok Antu.

Rangka puntianak abad ke-16 ditemui

ROME 14 Mac – Kerja arkeologi dekat Venice telah menemui rangka seorang wanita abad ke-16 dengan batu diletakkan di antara rahangnya dan pakar menyatakan dia dipercayai puntianak.

Pengkebumian luar biasa itu disyaki disebabkan ritual pembunuhan puntianak ketika itu. Ia menunjukkan legenda makhluk penghisap darah ini dikaitkan dengan kejahilan zaman dahulu mengenai bagaimana penyakit berjangkit dan apa yang berlaku kepada tubuh selepas mati.

Rangka yang diawet itu ditemui pada 2006 di Pulau Lazzaretto Nuovo bersama-sama beberapa mayat lain yang dikebumikan dalam kubur besar, selepas wabak melanda Venice pada 1576.

“Puntianak tidak wujud, namun kajian menunjukkan orang ramai percaya mengenainya. Buat pertama kali kami menemui bukti pembunuhan ke atas puntianak,” kata ahli arkeologi dan antropologi Universiti Florence, Matteo Borrini.

Jelasnya, teks purba menunjukkan kepercayaan puntianak adalah disebabkan keadaan mayat mereput dengan darah mengalir dari mulut dan badan yang kembung apabila kubur digali semula untuk menanam mayat baru. – AP

Hmmm...memang wujud pun. Sains takkan dapat menjelaskan perkara ghaib.