Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Monday, March 9, 2009
Peluang buat Bisnes sendiri bagi yang kena buang kerja
Pesan Haron Din
"Nauzubillah.
Tolong sebarkan kawan2 ku..... Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan
fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu
menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2
yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan
Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara
terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di
dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya.. ..Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengan ini selesailah tanggungjawab aku Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu
ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :
1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 )AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON
segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!
Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....
Polis tak layak guna kalimah Allah dan Muhammad Pada logo
Cuba lihat betul-betul logo polis malaysia ni. Nampak tak kalimat nama AllAh dan Muhammad kat atas tu?
Cuba renungkan sejenak. Polis sepatutnya melaksanakan perintah undang-undang Islam, iaitu hukum Allah yang sempurna seperti hudud dan qisas. Baru layak guna logo tu.
Kalau polis sekarang hanya melaksanakan undang-undang sivil Malaysia yang dicedok dari perundangan Negara Penjajah British, baik letak kepala Queen Elizabeth kat situ. -kaum muda
Hubungan Politik, Alam sekitar dan Sejarah di Perak
IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lalu.
Nizar sebelum itu turut menanam lima anak pokok spesies yang sama di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat DAP, PAS dan PKR.
"Pokok-pokok ini simbolik melambangkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan... ini juga usaha mesra alam sejajar dengan dasar menghijaukan, kita berharap Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan mencabut pokokpokok ini," katanya.
Nizar berkata, kawasan berlangsungnya persidangan bawah pokok itu bakal menjadi satu daya tarikan pelancong kerana telah menjadi lokasi bersejarah.
more story and pictures at here
pemuda cheh: Khalid Akan Beli 4 Syarikat Konsesi Air Kurang RM 1.5 Bilion. JIMAT 400%
Mungkinkah Khalid Ibrahim, MB Selangor sekali lagi akan menggemparkan dunia korporat dan pasaran saham tempatan ?
Kita sedia maklum Khalid Ibrahim beberapa dekad lalu telah membina nama yang cukup gah dalam dunia korporat apabila berjaya mengambilalih dan membawa pulang syarikat perladangan terbesar di Eropah, Guthrie Plc. Seterusnya Guthrie Plc kemudiannya dikenali Guthrie Berhad menjadi salah satu aset paling beharga di bawah Permodalan Nasional Berhad.
Atas kejayaan itu, Khalid pantas meningkat naik hingga dilantik mengetuai syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan nilai aset melebihi RM 100, 000, 000, 000. 00. Syarikat tersebut tidak lain tidak bukan ialah Permodalan Nasional Berhad yang kini memiliki Sime Darby, UMW Group, Pelangi Berhad, Maybank, dan berpuluh - puluh lagi syarikat terkemuka bertaraf multinasional di dalam negara.
lagi..pemuda cheh: Khalid Akan Beli 4 Syarikat Konsesi Air Kurang RM 1.5 Bilion. JIMAT 400%
Harga minyak melonjak di pasaran Asia
SINGAPURA: Harga minyak mentah di Asia melonjak pada dagangan hari ini berikutan langkah Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) untuk terus mengurangkan pengeluaran.
Kontrak hadapan bagi 'sweet crude' New York untuk pengagihan April melonjak AS$1.04 kepada AS$46.56 setong.
Pasaran Brent North Sea untuk April juga melonjak 83 sen kepada AS$45.68 setong.
Kaum muda: cepat-cepat pegi stesen minyak, isi full, tambah lagi minyak dalam gelen. Nanti naik pulak harga minyak!
Info harga minyak mentah dunia, klik sini
Kontrak Beckham di Milan dilanjutkan
MILAN: Bintang bola sepak England, David Beckham kekal di AC Milan apabila kontrak pinjamannya dilanjutkan sehingga penghujung musim ini sebelum kembali bersama Los Angeles Galaxy.
"Saya amat berterima kasih dengan LA Galaxy serta AC Milan yang menjadikan impian saya menjadi kenyataan (bermain di Milan), " kata pemain tengah itu kepada Reuters dalam satu emel, semalam.
"Dengan keputusan yang baik pada 2009 ini, saya akan membantu Milan meraih Piala Juara-Juara Eropah manakala untuk LA Galaxy pula menang Piala MLS," katanya
Beckham, 33, menyertai Milan untuk tempoh pinjaman dua bulan saja sejak Januari dan dia sepatutnya perlu kembali ke Galaxy, hari ini. - Reuters
Everton layak ke separuh akhir Piala FA
LONDON: Everton melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA sejak muncul juara pada 1995 apabila menewaskan Middlesbrough 2-1 pada perlawanan awal pagi tadi.
Terdahulu, Arsenal mengesahkan tempat ke sukur akhir dengan mengalahkan Burnley 3-0 dan akan bertemu Hull City pada satu lagi saingan separuh akhir pada 17 atau 18 Mac ini.
Pemenang antara Arsenal-Hull akan bertemu sama ada Chelsea, Manchester United dan Everton.
Chelsea menang 2-0 ke atas Coventry City semalam manakala Manchester United membenam Fulham 4-0 di Craven Cottage.
Apa yang menarik, Everton yang ketinggalan di depan penyokong sendiri di Goodison Park, bangkit semula dengan dua gol pada separuh masa kedua.
Gol Middlesbrough diperoleh menerusi tandukan David Wheater beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Tujuh minit kemudian, bekas penyerang Manchester, Louis Saha yang dimasukkan pada separuh masa kedua, menjaringkan gol hasil sepakan sudut Steven Pienaar. - Reuters
Maulid Nabi
Berikut senarai beberapa lagi istilah perayaan kelahiran Rasulullah yang disambut oleh kebanyakan negara di dunia;
-Mawlid an-Nabi (pl. al-Mawalid) - Kelahiran Nabi * Muhammad (Arab)
-Milad an-Nabi - Kelahiran Nabi (Arab dan Urdu)
-Mevlid Serif - Kelahiran Yang Diberkati Allah (Turki)
-Mevlud - Kelahiran (Bosnia)
-Mawlud Sharif - Kelahiran Yang Diberkati (Urdu)
-Zadruz-e Payambar-e Akram - Kelahiran Junjungan Besar (Parsi)
-Eid al-Mawlid an-Nabawi - Perayaan Sambutan Kelahiran Nabi (Arab)
-Eid-e-Milad-un-Nabi - Festival Keputeraan Nabi (Urdu)
-Mawlid En-Nabaoui - Algeria (Afrika Utara)
-Yawm an-Nabi - Hari Kebangkitan Nabi (Arab)
-Maulidur-Rasul - Keputeraan Pesuruh Allah (Malaysia)
-Mulud - Keputeraan Nabi (Jawa)
-Maulid Nabi - Keputeraan Nabi Muhammad (Indonesia)
-Maulidi - Swahili (Afrika Timur)
-Gamou - Wolof (Senegal)
Menurut seorang teman yang pernah tinggal kerana bertugas di Jeddah, Arab Saudi, jangankan sambutan, bahkan tiada cuti diperuntukkan bagi setiap kali tibanya tarikh besar 12 Rabiulawal di negara yang menjadi tanah keputeraan Rasulullah SAW itu!
Namun, jangan menaruh sebarang prasangka atau menuduh Arab Saudi seolah-olah tidak mengenang perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kerana apa yang penting, kita yang berpeluang untuk menyambut Maulidur Rasul, kita mesti menyambutnya!
Sebagai tanda kecintaan terhadap Rasulullah, kerana tanpa tarikh keputeraan baginda itu, maka lahirkah Islam yang menjadi anutan kita sehingga ke saat ini?
Telah lebih 1,400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita maka wajar sekali jika sambutan Maulidur Rasul mesti diteruskan.
Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh ulama terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradawi bahawa di zaman Rasulullah, para sahabat Rasulullah SAW tidak merayakan hari kelahiran baginda kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak geri Rasulullah. Seterusnya ingatan terhadap baginda itu tetap kekal dalam hati dan ingatan.
Obama: AS sukar menang di Afghanistan
WASHINGTON 8 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berharap tentera AS boleh mengenal pasti kumpulan berfahaman sederhana dalam pergerakan Taliban di Afghanistan dan membawa mereka kepada perdamaian.
Sementara itu, Obama memberi jawapan 'tidak' apabila ditanya sama ada AS sedang menuju kemenangan dalam kempen ketenteraannya di negara itu, dalam satu wawancara dengan akhbar New York Times.
Menurut beliau, tentera AS menjalankan tugas luar biasa dalam situasi yang sangat sukar.
"Kita melihat keadaan bertambah buruk sejak beberapa tahun lalu. Taliban semakin berani dan di selatan negara itu, mereka melancarkan serangan yang belum pernah disaksikan sebelum ini," kata Obama dalam wawancara yang disiarkan di laman web akhbar itu, semalam.
Kerajaan Afghanistan masih belum mendapat keyakinan daripada rakyat Afghan, ujar beliau.
Presiden itu menjangkakan mungkin ada peluang untuk mengadakan dialog dengan golongan sederhana dalam Taliban tetapi menganggap situasi di Afghanistan lebih rumit daripada cabaran yang dihadapi oleh tentera Amerika di Iraq.
Tentera AS telah dapat memujuk gerila Sunah di Iraq supaya bekerjasama dalam menangani keganasan kerana mereka tidak lagi menyukai taktik yang digunakan oleh militan al-Qaeda.
Obama mengingatkan bahawa Afghanistan tidak dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan pusat, manakala kabilah-kabilahnya sejak dahulu lagi sentiasa keras mempertahankan kebebasan masing-masing.
Syor untuk mengadakan kerjasama dengan golongan sederhana dalam Taliban sudah dibangkitkan sejak berbulan-bulan lalu oleh para komander tentera Amerika termasuk ketua Pemerintahan Pusat Tentera AS, Jeneral David Petraeus. - AP
Lagi pelajar bunuh diri
SINGAPURA 8 Mac – Sebuah universiti di Singapura digemparkan dengan satu lagi kes bunuh diri di kawasan kampus berkenaan, selepas seorang lelaki China ditemui mati tergantung di bilik asramanya.
Mayat Zhou Zheng, 24, seorang pegawai projek di Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknologi Nanyang ditemui oleh penghuni asrama semalam, kata seorang jurucakap polis, hari ini.
Zheng pernah belajar di sekolah tersebut seperti juga pelajar Indonesia, David Hartanto Widjaja yang menikam dan mencederakan seorang profesor, sebelum dia membunuh diri pada Isnin lalu dengan terjun dari sebuah jejantas.
Menurut akhbar Straits Times, kedua-dua mereka dipercayai pernah menjalankan penyelidikan di makmal yang sama di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun pegawai universiti berkata, kedua-dua insiden tidak berkaitan dan mereka berdua dipercayai tidak mengenali satu sama lain. – AFP
Jimatnya guna diesel
PERCAYA atau tidak di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) lebih 60 peratus kenderaan di benua tersebut menggunakan diesel untuk kenderaan.
Sebaliknya di Malaysia, penggunaan diesel di Malaysia sering kali dikaitkan dengan minyak berkualiti rendah yang digunakan oleh lori besar dan trak untuk mengangkut barang serta tidak mesra alam.
Tahukah kita bahawa Malaysia merupakan pengeluar diesel terbersih di dunia, tetapi kita masih menggunakan diesel berkualiti rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Apa yang sampai kepada pengguna tempatan adalah diesel yang berkualiti rendah.
Negara-negara Eropah dan AS menggunakan diesel kerana ia lebih menjimatkan berbanding penggunaan minyak petrol serta mengeluarkan hanya sedikit gas rumah hijau.
Penjimatan antara 30 hingga 35 peratus berbanding penggunaan petrol berlaku kerana penjanaan tenaga yang lebih tinggi dalam seliter diesel dan penggunaan minyak itu adalah lebih efisien untuk enjin kenderaan.
Sebelum ini, diesel mengandungi kuantiti sulfur tinggi. Namun setelah mendapat tentangan, standard pengeluaran Eropah telah mendesak pengeluar minyak untuk mengurangkan paras sulfur di dalam diesel.
Di AS sendiri, standard pengeluaran yang lebih ketat dilaksanakan bagi memastikan kandungan sulfur lebih terkawal dan diesel boleh digunakan dengan selamat untuk alam sekitar.
Kualiti diesel yang terdapat di Singapura dan Thailand kini mempunyai standard yang sama dengan apa yang terdapat Eropah dan AS, dan mereka juga akan meningkatkan kualiti diesel masing-masing.
Namun Malaysia masih lagi menggunakan diesel berkualiti rendah walaupun negara merupakan pengeluar diesel terbersih di dunia.
Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu mencontohi negara jiran selain perlu meningkatkan standard kualiti diesel bagi membolehkan lebih banyak kenderaan menggunakan minyak jenis itu.
Presiden Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd., Robert Norrman berkata, pada masa hadapan diesel akan menjadi penyelesai masalah pengeluaran karbon dan sesuai untuk alam sekitar
Atas dasar itu, Volvo telah memperkenalkan Volvo XC90 D5 yang menggunakan diesel dan ia telah diuji dan sesuai digunakan oleh diesel berkualiti rendah di negara ini.
Volvo XC90 D5 mempunyai kecekapan bahan api lebih tinggi bagi lebih perbatuan, tork lebih tinggi dan berkuasa dan pada masa yang sama kurang emisi. Ini merupakan sebahagian daripada faedah memandu Volvo XC90 D5 yang baru.
XC90 D5 yang dipasang di dalam negeri dijana oleh enjin caj turbo 2.4 liter yang menghasilkan 185 kuasa kuda dan 400 Nm tork dengan transmisi Geartronic automatik 6-kelajuan.
Selain itu, Volvo Malaysia dengan kerjasama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyediakan laporan kajian tentang kelebihan diesel kepada kenderaan untuk dibentangkan kepada kerajaan.
Kerajaan diharap dapat menimbangkan cadangan itu dan Malaysia boleh menjadi pelopor kepada pembangunan diesel memandangkan negara mempunyai kepakaran tinggi dalam pengeluaran diesel berkualiti.
Untuk info harga minyak mentah dunia klik sini
Volvo S40 Mewah yang mampu dimiliki
|
|
BILA membeli sebuah kereta Volvo, anda akan memilikinya sepanjang hayat. Ini menjadi slogan kereta buatan Sweden yang sebenarnya bermaksud, sekali anda membeli dan memandu Volvo, anda tidak akan berubah ke jenama lain.
Harapan tersebut bukan sesuatu yang mustahil. Jika selama ini kereta-kereta kontinental atau Eropah dikaitkan dengan harga yang mahal, Volvo memiliki kelebihan untuk menawarkan harga berdaya saing menerusi operasi pemasangan tempatannya (CKD).
Sebelum ini, harga tanpa insurans Volvo S40 ialah RM181,500 tetapi kini ia berharga RM169,500 sebuah.
Pada harga sedemikian, S40 memberi saingan langsung kepada jenama-jenama Jepun seperti Toyota Camry dan Honda Accord, sedangkan S40 sebenarnya bertarung dengan kereta seperti Audi A4 dan BMW 3 Series.
Inilah sasaran Volvo dalam memecah dominasi jenama Jepun dalam segmen sedan eksekutif.
S40 diperkenalkan di pasaran global pada 1995. Generasi keduanya pula ialah pada 2004 dan telah disenaraikan oleh Forbes sebagai kereta mewah terbaik bagi pemandu muda.
Ia juga telah diundi sebagai kereta paling popular di kalangan wanita dalam segmen kereta mewah di pasaran Amerika Syarikat, menurut J.D Powers & Associates.
S40 memaparkan reka bentuk bergaya, dengan ciri-ciri keselamatan dan premium yang sinonim dengan Volvo. Rupa depannya telah diberi sentuhan baru yang mirip kepada Volvo S80 dan V70 yang baru.
Muncung depannya kini lebih panjang 3 milimeter berbanding versi sebelum ini manakala jeriji depannya diberi nafas baru yang memberi penekanan kepada cita rasa mewah.
Bamper belakangnya juga telah direka semula dan unik hanya untuk model S40 dan V50. Bamper tersebut 6mm lebih panjang berbanding versi sebelumnya.
Logo Volvo, yang dipanggil `simbol besi', kini 50 peratus lebih besar dan dipasang bukan sahaja pada jeriji tetapi juga rim roda dan alat kawalan jauh. Lampu depannya juga merupakan rekaan baru, baik daripada segi bentuk dan saiz.
Versi 2009 ini dilengkapkan lagi dengan teknologi Bluetooth, rim roda 16 inci, lampu kabus, kerusi boleh dialih secara elektronik dan sistem stereo enam pembesar suara dengan enam penukar cakera.
Yang lebih penting, S40 kekal dengan ciri keluasan ruang kabinnya yang terhasil daripada reka bentuk kerusi yang ergonomik.
Volvo juga menawarkan pakej aksesori yang merangkumi sistem navigasi boleh alih Garmin, bodykit, set pedal sports dan dua jenis pilihan rim aloi 18 inci.
Daripada segi keselamatan, S40 dilengkapkan dengan Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS), Sistem membrek anti kunci (ABS), Edaran Tenaga Membrek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti dan Terjahan (STC) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) yang dipasang sebagai ciri standard dalam kereta ini.
Selain beg udara berkembar di kabin depan, S40 juga memiliki beg udara di sebelah sisi dan ‘tirai’ beg udara berukuran penuh, serta kaedah mengurangkan tekanan kepala semasa pelanggaran.
Kebetulan semasa sesi pandu uji penulis perlu menghadiri sebuah acara di Litar F1 Sepang. Namun, tiada kesempatan memandu uji di litar. Tetapi lebuh raya yang luas dan lurus sepanjang perjalanan, menjadi medan terbaik untuk menguji kelajuan.
Harus dinyatakan, enjinnya tidak menawarkan perwatakan sebuah kereta sports tetapi ia menawarkan pemanduan yang lancar dan cukup selesa.
Dengan kapasiti enjin 2,435 cc kereta ini menggunakan enjin 5 silinder, twin cam 20 injap dengan CVVT yang menjana 170 kuasa kuda pada 6,000 revolusi per minit (rpm) manakala kuasa terjahan ialah 230 Newton Meter pada 4,400 rpm menerusi sokongan transmisi automatik lima kelajuan beserta Geartronic.
Sistem gantungan S40 adalah tegap, menjadikan permukaan jalan yang berombak-ombak dari KLIA ke Kuala Lumpur tidak menganggu tumpuan pemanduan. Kereta ini sesuai untuk eksekutif yang tenang dan bukan berdarah gemuruh.
Mungkin, faktor ini bakal menarik lebih ramai pemandu wanita memilihnya. Satu faktor tambahan ialah, S40 menawarkan kapasiti but yang besar iaitu 357 liter dan kerusi belakangnya boleh dilipat 60/40. Bayangkan kemudahan semasa membeli-belah.
Memiliki Volvo bukan lagi sesuatu yang sukar. Ia bukan sahaja menawarkan harga berdaya saing yang mampu dimiliki tetapi pada masa yang sama, memaparkan ciri-ciri kereta mewah yang pasti menguntungkan.- utusan
UNDANG PADAH
|
|
TANPA mempeduli bahaya, lelaki ini yang tidak memakai jaket keselamatan kelihatan leka berbual-bual menerusi telefon bimbitnya sambil berpaut di bahagian tepi bot ketika perjalanan dari Sibu-Kapit, baru-baru ini.
Perbuatan tersebut jika tersilap langkah boleh mengundang padah kerana pada bila-bila masa sahaja dalam keadaan bot yang bergerak dengan kelajuan kira-kira 70 hingga 80 kilometer sejam di Sungai Rejang itu.
Malah, lelaki tersebut yang berpaut pada sebatang besi yang agak licin boleh menyebabkannya jatuh dan lemas.
Justeru, pihak pengurusan bot ekspres harus peka dan tidak mengabaikan keselamatan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Kaum muda : Benda ni dah biasa sangat berlaku, tak jadi isu lagi dah. Nyawa sendiri tanggung sendiri.
Kekalkan konsep senior-junior
KUALA LUMPUR 8 Mac - Konsep senior-junior di sekolah dan asrama wajar dikekalkan tetapi perlu diperbaiki supaya hubungan itu mampu mewujudkan perasaan hormat menghormati di kalangan pelajar lama dan baru.
Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau tidak menganggap konsep itu satu isu yang menjadi punca kes buli kerana ia adalah keadaan biasa di mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah dan universiti.
Katanya, apa yang lebih penting ialah mengubah konsep itu kepada satu hubungan rapat dan mesra antara pelajar senior dan junior, bukannya menjadikannya sebagai asas kepada senior membuli junior.
''Itu bukan caranya. Kita mahu konsep ini dikekalkan tetapi dengan cara mewujudkan perasaan hormat dan sayang antara satu sama lain," katanya sebagai mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) baru-baru ini mencadangkan supaya konsep senior-junior di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah antara faktor penyumbang kepada kejadian gangsterisme di sekolah.
Presidennya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, selain itu konsep berkenaan turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.
Mengulas isu gengsterisme di sekolah, Lam Thye berkata, beliau tidak mengatakan bahawa ia sudah mencapai tahap gangsterisme tetapi tidak dinafikan masalah disiplin dan salah laku pelajar sudah mencapai tahap yang sangat serius.
Sebagai usaha menanganinya, kata beliau, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran melihat isu itu sedalam-dalamnya dan melakukan kajian untuk mengenal pasti punca berlakunya kes buli dan keganasan di kalangan pelajar.
''Saya rasa budaya ganas di sekolah pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an dulu tidak keterlaluan seperti hari ini yang kita lihat begitu menonjol di kalangan pelajar.
''Mungkin kita perlu lihat pengaruh filem-filem aksi yang ganas, video cakera padat (VCD) dan rancangan kartun yang ada unsur-unsur keganasan," katanya.
Lam Thye juga berkata, penting bagi kementerian memastikan aspek kaunseling di sekolah mencukupi untuk menangani gejala salah laku pelajar.
Katanya, tidak dinafikan bahawa sekolah memerlukan lebih banyak guru-guru kaunselor kerana jumlahnya sekarang adalah tidak mencukupi.
Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan pra Program Latihan Khidmat Negara (pra-PLKN) di sekolah-sekolah agar program jati diri itu dapat mendidik pelajar dan menyedarkan mereka tentang moral dan nilai murni.
''Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap jujur serta semangat kerjasama, sudah tentu dapat membantu mencegah jenayah dan melahirkan rasa takut kepada jenayah," ujarnya.
Katanya, apa yang perlu dilakukan kini ialah mematikan proses pendidikan dan penerapan kesedaran yang berterusan dengan objektif membasmi jenayah di dalam dan luar sekolah.
Kaum muda : Aku sokong!!!
Cuti bersalin 90 hari di Selangor
SHAH ALAM 8 Mac - Selangor hari ini mengumumkan cuti bersalin 90 hari untuk semua kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengumuman tambahan 30 hari daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan sekarang dibuat sempena genap setahun pemerintahan kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kakitangan terbabit bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin.
"Serentak dengan itu juga, suami yang menjaga isteri bersalin turut diberi tambahan cuti tujuh hari menjadikan jumlah cuti boleh diambil meningkat kepada 14 hari," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi bersama pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baru Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.
Kira-kira 6,000 orang daripada lebih 400 kampung tradisi dan kampung baru di seluruh negeri menghadiri majlis tersebut.
Abdul Khalid juga memberitahu, langkah menambah cuti bersalin itu dibuat atas alasan perubatan kerana mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bayi perlu diberi perhatian dan penjagaan rapi dalam tempoh 100 hingga 200 hari selepas dilahirkan.
Beliau berharap, mereka yang layak mendapat kemudahan cuti menggunakannya sebaik mungkin termasuk bagi memastikan bayi mereka mendapat suntikan imunisasi mengikut tempoh waktu ditetapkan.
Abdul Khalid turut mengumumkan balu yang baru kematian suami diberi cuti pilihan sehingga 30 hari berbanding kemudahan cuti tanpa rekod selama tiga hari yang diamalkan sekarang.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 40 pengerusi JKKK terdiri daripada kaum India akan dilantik pada bulan depan bagi memudahkan pentadbiran di kawasan yang mereka menjadi majoriti.
Dalam pada itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Bahagian Kewangan Negeri dan pihak terlibat berhubung cadangan menaikkan elaun pengerusi JKKK daripada RM450 sebulan yang diterima sekarang.
"Exco terlibat akan turut berbincang, tetapi ia hanya akan dilakukan pada bulan depan," tambahnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid mendakwa kerajaan negeri telah menunaikan janji pilihan raya antaranya memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik selain memberi biasiswa dan hadiah kepada anak Selangor yang memasuki universiti.
Kaum muda : terima kasih Tan sri Menteri Besar!
Jangan guna golongan belia-utusan
KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan segelintir pihak berkepentingan menggunakan golongan belia dalam perarakan haram membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semalam, amat dikesali.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin perarakan haram itu didalangi pihak ketiga dan bukannya oleh para cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bahasa Melayu.
"Ia dilihat dengan jelas kerana dalam perarakan semalam tidak ramai cendekiawan dan NGO terlibat sebaliknya disertai para pemimpin parti politik dan muka-muka yang sudah terlalu biasa menyertai perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.
"Golongan inilah yang memperkudakan belia dan cendekiawan serta NGO untuk kepentingan politik mereka, bagi saya serah memorandum tidak salah cuma yang tidak betul ialah berarak dan mencetuskan huru-hara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Generasi Bebas Jenayah di perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memanipulasikan mereka demi kepentingan pihak tersebut.
"Demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan masalah. Masih banyak ruang lain yang boleh dipilih, saya seru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh," katanya.
Kaum muda : Sapa yang guna sapa sekarang ni? Belia pun ada pendirian dia orang jugak. Brehati-hatilah dengan jiwa muda!
Saya tidak mahu jadi penasihat – Rafidah
KOTA BAHRU 8 Mac — Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) menolak cadangan untuk dilantik sebagai penasihat pergerakan itu kerana berpendapat fungsi jawatan tersebut tidak memberi kesan yang kuat kepada Wanita UMNO dan parti.
Sebaliknya Rafidah mahu diberikan peluang oleh perwakilan untuk terus menerajui Wanita UMNO atau lebih baik beliau tidak diberikan langsung sebarang jawatan.
Beliau berkata, hasratnya adalah untuk menjadikan Wanita UMNO berkesan dalam memperjuangkan misi dan visi pergerakan Wanita seiring dengan pembangunan negara.
“Tidak payahlah, saya ini kalau hendak beri nasihat, biarlah dari dalam, nasihat di pinggir bukan kerjanya.” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan ramah mesra antara calon-calon Exco Wanita UMNO dengan perwakilan Wanita UMNO Kelantan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kesediaan Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada majlis yang sama, memberikan peluang dan tempat kepada Rafidah sekiranya beliau menang pada pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24-28 Mac ini.
Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Shahrizat berkata, beliau tetap menghormati Rafidah dan akan menyediakan tempat kepadanya dalam sayap parti itu sekiranya menang.
‘‘Bagi saya dalam UMNO, bukan saja Wanita, tetap ada tempat untuk semua dan kalau tengok rekod saya, saya amat menghormati orang yang lebih berumur dan berpengalaman. Sebab itu dalam kempen saya amat hati-hati.
“Saya lapik cakap saya kerana hormati Wanita terutama Tan Sri (Rafidah). Beliau banyak berjasa kepada Wanita, Jadi dalam kempen, saya tidak pernah kata benda-benda yang akan menyinggung perasaannya,” katanya.
Shahrizat berkata, kekuatannya dalam Wanita adalah memahami hati budi, keperluan serta kehendak akar umbi.
Kaum muda : Dasar gila kuasa. Kira dah bertuah dapat jadi penasihat daripada kalah waktu pemilihan nanti!
Damaikan antara saudara kamu yang berkonflik
|
|
PASIR PUTEH 8 Mac – Kementerian Pelajaran akan mengaktifkan semula hukuman rotan sebagai tanda ketegasan menangani masalah disiplin pelajar yang semakin menimbulkan kebimbangan umum.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, pengetua atau guru besar sekolah telah diberi kuasa menjalankan hukuman itu jika perlu.
Katanya, hukuman itu tidak dilaksanakan sejak akhir-akhir ini kerana pihak sekolah cuba mengambil pendekatan memberi bantuan kaunseling kepada pelajar bermasalah.
“Hukuman rotan boleh dilaksanakan jika perlu, tetapi ia perlu dilakukan di tempat tertutup.
“Oleh itu, sama ada akan dilaksanakan atau tidak, bergantung kepada budi bicara mereka dan melihat kepada jenis kesalahan pelajar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Alimuddin menegaskan, pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam hal itu jika masalah disiplin yang berlaku amat serius.
Katanya, mana-mana pihak tidak boleh mencabar hukuman rotan yang dijalankan kerana ia telah termaktub dalam peraturan sekolah.
Bagaimanapun, jelas beliau, kementerian telah menetapkan garis panduan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan sesuatu hukuman.
“Pihak sekolah boleh memberi amaran, merotan, menggantung sekolah dan akhir sekali mengambil langkah membuang sekolah terhadap mana-mana pelajar bermasalah,” tegasnya.
Alimuddin berkata, masalah disiplin pelajar di seluruh negara menyaksikan satu trend penurunan sejak tiga tahun terakhir dan kementerian konsisten dalam usaha menangani isu itu sehingga ke akar umbi.
Katanya, daripada kira-kira lima juta pelajar, kes disiplin yang direkodkan oleh jabatannya hanya pada kadar 2.08 peratus pada tahun lalu.
Ujar beliau, jumlah itu menurun berbanding 2.13 peratus dan 2.10 peratus masing-masing bagi tahun 2006 serta 2007.
Bagi hukuman rotan pula, beliau berkata, sebanyak 0.34 peratus telah dijalankan tahun lalu berbanding 1.25 peratus pada tahun sebelumnya.
“Sebanyak 0.11 peratus jumlah pelajar digantung sekolah tahun lalu berbanding 0.37 peratus tahun sebelumnya.
‘‘Bagi tindakan buang sekolah, sebanyak 0.05 peratus pelajar terlibat jika dibandingkan sebanyak 0.18 peratus pada 2007,” jelasnya.
Beliau menambah, daripada jumlah pelajar yang dibuang sekolah tahun lalu, sebanyak 87 peratus daripadanya telah membuat rayuan dan diterima bersekolah semula dengan syarat yang ketat.
Makkah, kota ibadah dan sejarah
Kunjungilah walaupun sekali seumur hidup, biarrpun terpaksa menjual tanah bendang perpuluh ekar, kereta mewah dan harta pinjaman Illahi ini.
Demi Allah, segala nikmat kurnianya di dunia hanyalah pinjaman yang tak dapat dibawa sekali ke dalm kubur yang muat untuk mu itu.
Jika pernah ziarah ke tempat suci ini, maka terasalah keinginan yang amat hebat untuk kembali lagi. Kenapa? Bukti Allah amat menyayangi kamu. kamu telah jatuh cinta pada kebesaran Allah. Maha suci Allah.
Seantero pelusuk dunia umat islam menziarahinya setiap hari, ada yang datang dari hujung dunia, ada yang datang dari puncak gunung, ada juga yang datang dari medan perang dan ada juga makhluk Allah yang turun dari langit menziarahinya.
Seindah mana pun kata yang cuba dilafazkan, tak dapat diucapkan kemeriahan kotanya.
Di sini, aku cuma menceritakan pengalaman, ada suka dan ada duka. Setiap insan yang datang pasti diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian setiap hari.
Dalam posting ini, aku nak cerita tentang kaabah dulu. Insyaallah dalam posting lain pulak aku cerita pasal lain pulak.
Kaabah, jika dilihat pasti jatuh cinta pada pandangan pertama. Kenapa? Allah saja lah yang tahu.
Dibina berbentuk segi empat kurang tepat,berbucu 4, setiap bucu dipanggil rukun. Rukun hajarul aswad, rukun iraqi, rukun syami dan rukun yamani mengikut pusingan lawan jam.Plan lengkap boleh rujuk sini.
Daripada 4 rukun tersebut, hanya 2 sahaja yang Nabi Muhammad SAW pernah pegang. Rukun hajarul aswad (dicium dan pegang) dan rukun yamani (pegang sahaja).
Siapa yang tak kenal lagi hajarul aswad? Hajarul aswad adalah serpihan batu hitam yang ditampal pada rukun tersebut dimana Nabi Muhammad pernah menciumnya.Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan. (masih ada keraguan dalam pendapat ini).
Tips: waktu yang amat mudah untuk mencium hajarul aswad adalah ketika musim umrah, selepas subuhdan watu tengah malam hingga subuh. selain bulan ramadhan kerana penziarah tidak terlampau ramai jika dibandingkan pada musim haji dan di bulan ramadhan.
Jangan berani mencuba untuk menciumnya waktu solat fardu, anda akan dibelasah polis arab! Berbaris! jangan potong barisan dan berebut, Allah akan balas nanti!
Seterusnya Pintu Kaabah, juga dipanggil Pintu Taubat dan banyak nama lagi. Pintu ini diperbuat daripada emas tulen yang berdekorasi ayat-ayat suci alquran tentang taubat. Pintu ini pula ada kuncinya dan dipegang oleh Kabilah yang diamanahkan oleh Rasulullah hingga hari ini.Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Multazam pula adalah dinding antara pintu kaabah dengan bucu hajarul aswad. Tempat inilah mustajab doa kita. Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Hijr Ismail pula adalah sebahagian daripada kaabah. Solat sunat di sini menyamai solat di dalam kaabah. Banyak-banyakanlah berdoa disini.
Pancur Emas pula benda yang menyalurkan air hujan yang terkandung atas bumbung kaabah ketika hujan. Jangan sekali-kali melakukan bid'ah disini dengan mandi atau minum air yang keluar melaluinya kerana anda akan mandi/ minum najis burung!
Kiswah (kelambu) kaabah pula adalah kain sutera yang menyarungi kaabah. Sejak zaman nabi lagi dah ada kiswah ini. Jika anda teringin mendapat serpihan kiswah ini ada dijual pada musim haji sahaja. Serpihan kain ini sebesar kad nama dan tiada benang emas atau perak berharga 50 riyal.Jangan buat kain kiswah ini sebagai tangkal atau azimat. Benda tu tak akan melindungi dan tak memberi apa-apa pun. Mintalah dengan Allah.
Jauhi:
mencium hajarul aswad terlalu lama.
memegang rukun yamani ketika tawaf. Batal tawaf anda!
mengusap-usap pintu kaabah, multazam, kiswah dan mana-mana dinding kaabah.
solat sunat di hadapan multazam atau pintu kaabah ketika terlalu ramai orang sedang berdoa.
Bid'ah( mangada-adakan sesuatu yang baru dalam agama) seperti menconteng nama pada bahagian kaabah. Dosa besar anda! menjilat, mengkeramatkan sesuatu benda apabila mengosokannya pada kaabah dan yang pelik-pelik lagi.
- by kaum muda
Untuk keterangan lebih lanjut:
kabahinfo
cerita masuk ke dalam kaabah : klik sini
Kereta Polis Peronda Mitsubishi Evolution 10 - Pemilik Wira Turbo Harus Berfikir Panjang
caya la polis malaysia
Dengan kemunculan kereta peronda polis versi Mitsubishi Evolution 10, pemilik kereta Wira & Kancil modified mungkin boleh melupakan niat mereka untuk bermain cucuk-mencucuk di’lebuh raya. Bukan apa, dengan mudah sahaja anda akan di’ayam-ayamkan oleh pemandu kereta polis ini.
Mempunyai 5 kelajuan gear, namun boleh di’maksimumkan kepada 6 kelajuan jikalau di’lengkapi twin-clutch, boleh membuatkan pemilik wira turbo & kancil modified terkesima sebentar di’kejar polis. Pesanan OHBULAN!, anda boleh memecut di’lebuh raya, tetapi pastikan kereta anda adalah jenis Toyota Celica & seangkatannya.