KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan segelintir pihak berkepentingan menggunakan golongan belia dalam perarakan haram membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semalam, amat dikesali.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin perarakan haram itu didalangi pihak ketiga dan bukannya oleh para cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bahasa Melayu.
"Ia dilihat dengan jelas kerana dalam perarakan semalam tidak ramai cendekiawan dan NGO terlibat sebaliknya disertai para pemimpin parti politik dan muka-muka yang sudah terlalu biasa menyertai perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.
"Golongan inilah yang memperkudakan belia dan cendekiawan serta NGO untuk kepentingan politik mereka, bagi saya serah memorandum tidak salah cuma yang tidak betul ialah berarak dan mencetuskan huru-hara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Generasi Bebas Jenayah di perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memanipulasikan mereka demi kepentingan pihak tersebut.
"Demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan masalah. Masih banyak ruang lain yang boleh dipilih, saya seru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh," katanya.
Kaum muda : Sapa yang guna sapa sekarang ni? Belia pun ada pendirian dia orang jugak. Brehati-hatilah dengan jiwa muda!
No comments:
Post a Comment