Monday, March 9, 2009

Lagi pelajar bunuh diri

SINGAPURA 8 Mac – Sebuah universiti di Singapura digemparkan dengan satu lagi kes bunuh diri di kawasan kampus berkenaan, selepas seorang lelaki China ditemui mati tergantung di bilik asramanya.

Mayat Zhou Zheng, 24, seorang pegawai projek di Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknologi Nanyang ditemui oleh penghuni asrama semalam, kata seorang jurucakap polis, hari ini.

Zheng pernah belajar di sekolah tersebut seperti juga pelajar Indonesia, David Hartanto Widjaja yang menikam dan mencederakan seorang profesor, sebelum dia membunuh diri pada Isnin lalu dengan terjun dari sebuah jejantas.

Menurut akhbar Straits Times, kedua-dua mereka dipercayai pernah menjalankan penyelidikan di makmal yang sama di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun pegawai universiti berkata, kedua-dua insiden tidak berkaitan dan mereka berdua dipercayai tidak mengenali satu sama lain. – AFP

No comments: