Monday, March 9, 2009

Everton layak ke separuh akhir Piala FA

LONDON: Everton melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA sejak muncul juara pada 1995 apabila menewaskan Middlesbrough 2-1 pada perlawanan awal pagi tadi.

Terdahulu, Arsenal mengesahkan tempat ke sukur akhir dengan mengalahkan Burnley 3-0 dan akan bertemu Hull City pada satu lagi saingan separuh akhir pada 17 atau 18 Mac ini.

Pemenang antara Arsenal-Hull akan bertemu sama ada Chelsea, Manchester United dan Everton.

Chelsea menang 2-0 ke atas Coventry City semalam manakala Manchester United membenam Fulham 4-0 di Craven Cottage.

Apa yang menarik, Everton yang ketinggalan di depan penyokong sendiri di Goodison Park, bangkit semula dengan dua gol pada separuh masa kedua.

Gol Middlesbrough diperoleh menerusi tandukan David Wheater beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Gol Everton pula diperoleh menerusi tandukan Marouanne Fellaini pada minit ke-50.

Tujuh minit kemudian, bekas penyerang Manchester, Louis Saha yang dimasukkan pada separuh masa kedua, menjaringkan gol hasil sepakan sudut Steven Pienaar. - Reuters

No comments: