Wednesday, April 1, 2009

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR

  • Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
  • Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
  • Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
  • Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
  • Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
  • Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya

  • Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

Kisah KAWAN dan CINTA

suatu hari kawan dan cinta berjalan dalam kampung


Tiba2 cinta terjatuh dalam telaga...kenapa?


Sebab cinta itu BUTA.


lalu kawan pun ikut sama masuk dalam telaga...kenapa bodoh gilak?


Kerana kawan sanggup buat apa saja demi cinta!!!


Dalam telaga cinta tiada...kenapa?


kerana cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi suasana gelap...


sedangkan kawan masih tercari2 cinta dan terus menunggu...kenapa?


kerana kawn itu sejati dan kekal sebagai yang setia...


moral of d story:

hargailah kawan selagi kita terasa dia bererti.

walaupun ada couple, tapi teman paling setia.

walapun ada banyak harta, tapi kawan paling berharga...

renung2kan...hahaha

The new Mercedes Benz

This car is really different.


The new Mercedes Benz @ suto show

The new Mercedes Benz @ suto show

The new Mercedes Benz @ suto show

Here is what is different

The new Mercedes Benz @ suto show



No steering wheel, you drive it with a joystick. No pedals either.
Can you drive with a joystick? Your kids and grandkids probably can..
The influence of video games in our lives has really arrived, wouldn't ya say?

The new Mercedes Benz @ suto show

Jangan makan air tangan orang tak solat

Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

Antara Arahan POLIS & SPR untuk PRK kali ini!

Antara arahan Pihak Polis & SPR untuk parti-parti yang bertanding (baca Pakatan Rakyat) kali ini:-

TAK BOLEH kibar bendera @ lambing parti yang tidak bertanding

1. TAK BOLEH ceramah sampai jam 11 malam! – biasa ceramah PAS habis kul 12malam
2. TAK BOLEH ceramah pasal Altantuya – wonder why???
3. TAK BOLEH ceramah persoal keputusan Sultan – Sembah derhaka???
4. TAK BOLEH jual HARAKAH dan SUARA KEADILAN!
5. TAK BOLEH jumlah hadirin ceramah melepasi kawasan permit. Jika melepasi, POLIS akan ambil tindakan!



Akhirnya…. Itulah antara sebab yang rakyat di 3 PRK ini TAK BOLEH nak pangkah BN!!!

Agong perkenan Najib PM keenam

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi.

Najib, yang kini timbalan perdana menteri, telah dipilih menjadi presiden Umno dalam perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

Menurut Najib,beliau akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong
di Istana Negara esok untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, lapor Bernama

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," kata Najib.

Sementara itu, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai ramalan penganalisis politik bahawa barisan Kabinet baru nanti adalah lebih kecil daripada barisan sedia ada.

"Bolehkah kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenai semua benda sekarang," katanya.

Ketika ditanya mengenai suasana pada mesyuarat kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Abdullah, Najib berkata perdana menteri bersikap sangat terbuka dan memberikan jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia menghulurkan panduan dan nasihat sekiranya diperlukan.

"Beliau tidak akan mencampuri atau mengkritik pentadbiran baru, tetapi akan sentiasa berada di belakang kami. Saya sangat menghargai pendirian beliau dan InsyaAllah, saya yakin Pak Lah sangat positif terhadap apa yang dilakukan," katanya.