Wednesday, April 1, 2009

Agong perkenan Najib PM keenam

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi.

Najib, yang kini timbalan perdana menteri, telah dipilih menjadi presiden Umno dalam perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

Menurut Najib,beliau akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong
di Istana Negara esok untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, lapor Bernama

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," kata Najib.

Sementara itu, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai ramalan penganalisis politik bahawa barisan Kabinet baru nanti adalah lebih kecil daripada barisan sedia ada.

"Bolehkah kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenai semua benda sekarang," katanya.

Ketika ditanya mengenai suasana pada mesyuarat kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Abdullah, Najib berkata perdana menteri bersikap sangat terbuka dan memberikan jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia menghulurkan panduan dan nasihat sekiranya diperlukan.

"Beliau tidak akan mencampuri atau mengkritik pentadbiran baru, tetapi akan sentiasa berada di belakang kami. Saya sangat menghargai pendirian beliau dan InsyaAllah, saya yakin Pak Lah sangat positif terhadap apa yang dilakukan," katanya.

2 comments:

Shitsurei shimashita said...

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi.

tp najib cakap lain, tv cakap lain. pak lah cakap lain.

kalo agong tak perkenan gimana agaknya kan?

Anonymous said...

bahaya bicara kuasa pekenan agong ni, tapi kalau ikut buku teks mmg akan dilantik walaupun teda pekenan dalm tempoh tertentu..sbb...