Monday, June 14, 2010

Geram Ghana menang, bapa cedera di telinga

Oleh kerana geram Ghana menang 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia malam tadi, seorang remaja telah bertindak menyepak bola di dalam rumahnya hingga terkena cermin tingkap dan mencederakan bapanya.

Rosli Mat Noor, 43, dari Ladang Chin Teck di Gua Musang mengalami pendarahan yang banyak apabila telinga kanannya terkena serpihan cermin tingkat tersebut, sehingga urat saraf di telingnya dikatakan terputus.

Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Gua Musang dan menerima tiga jahitan.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 malam ketika beliau sedang menonton pertandingan tersebut menerusi televisyen bersama anak sulungnya Mohd Rizal, 17.

"Tiba-tiba anak saya naik geram lalu menendang bola yang berada berhampiran kakinya dengan kuat menyebabkan bola terkena cermin tingkap lalu
pecah.

"Serpihan kaca tingkap kemudianya tercucuk di telinga saya. Saya ketika itu duduk berhampiran tingkap di ruang tamu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Rosli berkata pada mulanya beliau tidak menyedari serpihan kaca terkena telinganya, tetapi merasa pedih di telinganya.

Beliau lalu meraba telinganya dan mendapati tangan yang memegang telinganya itu berlumuran darah.

"Saya sempat menjerit kepada isteri saya memberitahunya menggenai perkara itu sebelum saya bergegas ke rumah jiran bagi mendapat bantuan untuk dihantar ke hospital.

"Saya kena tiga jahitan kerana doktor berkata ada urat telinga saya terputus terkena serpihan kaca cermin," katanya.

Mohd Rizal yang tidak menyangka perbuatannya menendang bola di dalam rumah boleh mencederakan bapanya telah memohon maaf kepada bapanya.

- Bernama

//ALAMAK!!KALAU FINAL NANTI CMNE PLAK??RUSUHAN SATU DUNIA KOT,HEHE
(EDITED BY-ANAK BUAH YAKUZA)

Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi. Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi. "Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. "Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.


'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. "Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu. Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam" "Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi. "Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya. Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu. "Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya.


NGO tak yakin pada Umno semata-mata

Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA. "Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama. "Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya. Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata. "Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya. "Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."

//APE2 PUN,UMAT ISLAM JGN BERJUDI KERNA JUDI ITU HARAM!!!..JELAS TERANG DAN NYATA HARAM
(edited by-anak buah yakuza)