



Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala’. (Al-Wasail 6: 257)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu. (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja’far sh-Shadiq 'a.s. berkata:
Ubati penyakitmu dengan sedekah, tolaklah bala’ dengan doa, dan mohon datangkan rizkimu dengan sedekah, karena sesungguhnya sedekah dapat mengusir tujuh ratus setan dari depan dagu… (Al-Wasail 6: 260)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram (yang telah ditetapkan). Wahai Ali, silaturahim dapat menambah umur. Wahai Ali, tidak ada sedekah ketika keluarga dekatnya membutuhkan. Wahai Ali, tidak ada kebaikan dalam ucapan kecuali disertai perbuatan, dan tidak ada sedekah kecuali dengan niat (karena Allah)." (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Sesungguhnya sedekah di malam hari dapat memadamkan murka Allah, menghapus dosa besar dan mempermudah perhitungan amal; sedekah di siang hari dapat menumbuhkan harta dan menambah umur. (Al-Wasail 6:273)
Rasulullah saw bersabda:
Tidaklah ada sedekah seorang mukmin kecuali tangannya bersentuhan dengan tangan Allah sebelum bersentuhan dengan tangan pemintanya. Kemudian baginda membacakan firman Allah s.w.t.: "Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat hamba-hamba- Nya dan menerima sedekah." (At-Taubah: 104). (Al-Wasail 6: 303)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
"Setiap kebajikan itu sedekah." (Al-Wasail 6: 321) -penarikbeca
kaum muda: Berjimat-jimat lah mulai sekarang, harga barang keperluan harian pun dah naik walaupun bannyak sale sana sini. Mulakan menabung dari sekarang untuk masa depan, kalau grad dari tahun ni sampai tahun akan datang belum tentu dapat kerja lagi. ROR kat bank pun dah turun, tak percaya cek kat atm, ertinya rugi la tu. nak tak nak menabung dan melaburlah dengan skim kewangan islam yang dipercayai contohnya public mutual bank...
IPOH 3 Mac – Pergaduhan hampir tercetus antara penyokong pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pukul 11.30 pagi ini di sebuah restoran berhampiran pejabat DAP negeri apabila sekumpulan penyokong India cuba menyerang kumpulan pertubuhan bukan kerajaan Melayu.(Pekida)
Bagaimanapun keadaan berjaya ditenangkan oleh penyokong kedua-dua pihak. - Utusan
Pekida tu NGO ke? Kalau gitu yakuza ke samseng geng kapak ke pun NGO jugak.Abdullah Ahmad Badawi sifatkan tindakan V. Sivakumar memanggil sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi.
Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco fail permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh isytihar keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka hadir sidang DUN sebagai terbatal dan tidak sah.
Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini ditutup dan semua temu janji dibatalkan.
Polis akan bertindak ke atas orang ramai yang berhimpun di bangunan SUK Perak.
ni lagi dahsyat, DUN yang dikunci, biasa dengar Dewan Orang Ramai aka tadika yang dikunci..
Beliau turut mengumumkan bantuan sebanyak AS$600 juta (RM2.22 bilion) bagi wilayah Palestin, kata pegawai AS semalam.
Jurucakap Jabatan Negara, Robert A. Wood memberitahu pemberita selepas ketibaan Clinton petang semalam bahawa beliau akan mengumumkan bantuan tersebut pada persidangan jaminan antarabangsa di resort Laut Merah.
Persidangan itu untuk mencari wang bagi membantu ekonomi Gaza dan Palestin. - AP
Duit tu mungkin hasil kumpul wang kita makan kat McD sebelum boikot hari tu kot...
LONDON 2 Mac - Scotland dan Wales telah membatalkan hasrat untuk menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Eropah 2016 akibat peningkatan kos kewangan untuk penganjurannya, kata persatuan bolasepak kedua-dua negara itu hari ini.
Euro 2012 yang dianjurkan bersama oleh Ukraine dan Poland merupakan kejohanan terakhir yang melibatkan 16 pasukan apabila tahun lalu UEFA telah memutuskan untuk menambah jumlah penyertaan kepada 24 pasukan. - Reuters.
Bagi kat malaysia, malaysia ada banyak 'DUIT RAKYAT' kalau nak anjurkan benda2 macam ni, tapi program kemasyarakatan tu susah nak keluar duit rakyat!
KUALA LUMPUR 2 Mac - Mahkamah Syariah Johor mencatatkan jumlah perceraian tertinggi, dengan 2,023 kes daripada 75,299 kes yang dirujuk kepada mahkamah itu, di seluruh negara sepanjang tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Mahkamah Syariah Perlis pula mencatatkan jumlah kes terendah iaitu cuma 24 kes perceraian sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. - Bernama
tu la, nak nikah cepat je, tapi xda pengetahuan mendalam tetang kehidupan selepas kahwin. Bazir duit mak bapak je...
Dicatat oleh buyeh