Tuesday, March 3, 2009

Clinton janjikan AS$300 juta untuk bantu Gaza

HARM EL-SHEIK, Mesir 2 Mac - Hillary Rodham Clinton, melalui penglibatan pertamanya dalam politik Timur Tengah sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, akan mengumumkan bantuan sebanyak AS$300 juta (RM1.11 bilion) sebagai bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang di Semenanjung Gaza pada persidangan penderma antarabangsa di sini.

Beliau turut mengumumkan bantuan sebanyak AS$600 juta (RM2.22 bilion) bagi wilayah Palestin, kata pegawai AS semalam.

Jurucakap Jabatan Negara, Robert A. Wood memberitahu pemberita selepas ketibaan Clinton petang semalam bahawa beliau akan mengumumkan bantuan tersebut pada persidangan jaminan antarabangsa di resort Laut Merah.

Persidangan itu untuk mencari wang bagi membantu ekonomi Gaza dan Palestin. - AP


Duit tu mungkin hasil kumpul wang kita makan kat McD sebelum boikot hari tu kot...

1 comment:

Shitsurei Shimashita said...

xlah duit BN tu! hahahahahahahaha!!