"Tiap-tiap hari kita dengar jumlah pemberhentian pekerja semakin meningkat, syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrap juga meningkat seolah-olah kegawatan yang melanda dunia ini tiada penghujungnya.
"Kegawatan dunia sudah semakin mencabar dan kita nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan berkenaan tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka berlarutan sehingga tahun 2010," katanya.
Beliau juga berkata: "Kita kena terima realiti, negara kini berada dalam zon tidak selesa serta bahaya dan kita (rakyat Malaysia) terdedah kepada krisis itu jadi kita perlu bersatu menghadapinya kerana cabaran yang sedang melanda ini bukan cabaran biasa".
Apa saya nak kata? Kalau saya ni orang kaya tak pa jugak. Kurang-kurang pun ada simpanan. Aku ni simpan apa? Gaji tetap tak dak, simpanan pun tak dak. Saya tak tau nak buat apa. Di samping berusaha, saya hanya boleh mengingatkan diri saya sendiri melakukan amalan-amalan berikut:
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala’. (Al-Wasail 6: 257)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu. (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja’far sh-Shadiq 'a.s. berkata:
Ubati penyakitmu dengan sedekah, tolaklah bala’ dengan doa, dan mohon datangkan rizkimu dengan sedekah, karena sesungguhnya sedekah dapat mengusir tujuh ratus setan dari depan dagu… (Al-Wasail 6: 260)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram (yang telah ditetapkan). Wahai Ali, silaturahim dapat menambah umur. Wahai Ali, tidak ada sedekah ketika keluarga dekatnya membutuhkan. Wahai Ali, tidak ada kebaikan dalam ucapan kecuali disertai perbuatan, dan tidak ada sedekah kecuali dengan niat (karena Allah)." (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Sesungguhnya sedekah di malam hari dapat memadamkan murka Allah, menghapus dosa besar dan mempermudah perhitungan amal; sedekah di siang hari dapat menumbuhkan harta dan menambah umur. (Al-Wasail 6:273)
Rasulullah saw bersabda:
Tidaklah ada sedekah seorang mukmin kecuali tangannya bersentuhan dengan tangan Allah sebelum bersentuhan dengan tangan pemintanya. Kemudian baginda membacakan firman Allah s.w.t.: "Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat hamba-hamba- Nya dan menerima sedekah." (At-Taubah: 104). (Al-Wasail 6: 303)
Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
"Setiap kebajikan itu sedekah." (Al-Wasail 6: 321) -penarikbeca
kaum muda: Berjimat-jimat lah mulai sekarang, harga barang keperluan harian pun dah naik walaupun bannyak sale sana sini. Mulakan menabung dari sekarang untuk masa depan, kalau grad dari tahun ni sampai tahun akan datang belum tentu dapat kerja lagi. ROR kat bank pun dah turun, tak percaya cek kat atm, ertinya rugi la tu. nak tak nak menabung dan melaburlah dengan skim kewangan islam yang dipercayai contohnya public mutual bank...
No comments:
Post a Comment