Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Wednesday, February 25, 2009
Senyuman Bulan
Awal januari dulu, satu fenomena yang disaksikan semalam di seluruh Malaysia yang dibawakan oleh Buletin Utama TV3 malam semalam. Juga boleh disaksikan di India, Thailand, Australia, Europe etc. Hanya penduduk di bulan yang tidak dapat menyaksikan kejadian ini, begitu juga alien alien di Zuhrah (Venus) dan Musytari (Jupiter).
Ternyata jika dilihat dengan mata kasar lebih indah lagi daripada snapshot camera. Hargailah mata anda.Syukurilah nikmat Allah.
Tabung Haji umum dividen 5%
Pak Samad rela gelaran sasterawan negara ditarik balik (malaysiakini)
Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.
"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.
Malam ini beliau dijangka berceramah bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh akademik Prof Dr Shahrir Mohd Zain dan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dalam siri ceramah Mansuhkan PPSMI di Padang Perdana.
A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan."Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Matematik dan Sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun.
"Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat," katanya.
Menurut beliau umurnya sekarang 76 tahun dan sudah sampai masanya memperjuangkan bahasa ibunda sebelum ia hilang di muka bumi.
Dr Shahril yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) berkata, terdapat dua badan induk yang kini lantang menentang kerajaan dalam isu tersebut iaitu GMP dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Kata beliau Gapena telah menyaman kerajaan kerana meneruskan dasar PPSMI.
Manakala GMP pula akan mengadakan demontrasi aman di hadapan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengumpul 100,000 rakyat.
"Demontrasi tersebut akan diadakan pada 7 Mac ini dengan melibatkan pelbagai kaum dan NGO," ujar beliau.
Katanya juga tiada sebab untuk meninggalkan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Sains kerana di negara-negara maju, mereka terus menggunakan bahasa ibunda.
Misalnya dalam anugerah nobel fizik, kebanyakannya diterima oleh negara-negara yang mengamalkan bahasa ibunda seperti Perancis dan Jerman.
Selain itu kata beliau negara juga akan hilang kreativiti sendiri sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam setiap aspek kehidupan.
Beliau juga berkata sebelum ini media harian tidak berani memainkan isu bantahan tokoh-tokoh akademik terhadap PPMSI, sedangkan bantahan itu berterusan dilakukan 13 NGO.
"Kini lima tahun diamalkan PPMSI, selepas Pakatan Rakyat serta NGO lantang membantah, barulah media harian membuat liputan agak meluas," katanya.
Menurutnya terdapat enam kajian dibuat pusat tengajian tinggi terhadap pelaksanaan PPMSI dan kesemuanya mendapati banyak kelemahan yang timbul.
Katanya juga PPMSI menafikan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kerana lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya dari bumi Malaysia.
Wajah lama; dikir barat ibrahim ali Al kataki(Malaysiakini)
Erdogan hero kita!
Boikot Israel dan Sekutunya
Walaupun episod kekejaman di Gaza telah dihentikan, namun usaha memboikot mesti terus dilakukan. Jangan tunggu Israel nak serang baru nak boikot balik, tak memberi kesedaran langsung dan boikot hanya hangat-hangat taik babi! Ayuh selamatkan umat Islam daripada musuh mereka yang nyata ini, cukauplah makan kat McD tu, mkn kat warong lagi berbaloi.