Friday, March 20, 2009

RazakSAT mulakan perjalanan esok

KUALA LUMPUR: Satelit kedua negara, RazakSAT, akan diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang, dekat sini, esok, menjelang pelancarannya di Bucholz Army Airfield, Pulau Kwajalein berhampiran Guam, Amerika Syarikat, pada 21 April ini.

Majlis penghantaran satelit kelas mini seberat 190 kilogram (kg) menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu akan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili.

RazakSAT, sempena nama Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, adalah satelit penderiaan jarak jauh pertama yang akan dilancarkan ke orbit Hampir Khatulistiwa (NEqo).

RazakSAT dianggap satelit yang berkeupayaan memantau permukaan bumi dan alam sekitar dari segi aplikasi penderiaan jarak jauh seperti pertanian, pembangunan bandar, pengurusan bencana alam, pemetaan dan keselamatan.

Selain itu, dua satelit kecil iaitu CubeSAT dan InnoSat juga akan dilancarkan bersama RazakSAT untuk tujuan penyelidikan di samping berfungsi menstabilkan kedudukan RazakSAT di orbit.

CubeSAT dibangunkan oleh ASTB manakala InnoSAT pula dimajukan oleh tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - Bernama

"Saya nakhoda Pas" - Nik Aziz

KOTA BAHARU 20 Mac - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti Pas. - Bernama

Dia rasa dia hot : Pelatih selebriti PLKN


DIANA Danielle melambai tangan sebelum menaiki bas yang membawa para pelatih PLKN ke kem latihan di Sepang, semalam.WALAUPUN sibuk dengan karier lakonannya, pelakon remaja Diana Danielle tetap akur menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Diana menjalani latihan itu selama tiga bulan di Kem Princess Haliza, Sepang bermula semalam. Pelakon berusia 18 tahun itu sebelum ini terpaksa menangguhkan latihan tersebut tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.

Aku grab gambar kat utusan. Cite utusan xleh nak dibaca sangat, membodek je.

Kenapa dia ni dapat perhatian sangat? Dah la tangguh pergi sebab terikat dengan kontrak lakonan. Dia ni dah cukup makan dah, xperlu belakon xpa.

Yang budak kat perlis tu, bekerja nak menyara keluarga, dah la x cukup makan, kene penjara lagi sebab tak pegi PLKN. Nilah malaysia yang suka berat sebelah, xda perikemanusian langsung!
Nasib baik waktu tu shahidan kasim bertindak, kalau tak memang dah kena bahan lah negeri indera kayangan tu.





p/s: Adik aku pegi PLKN pun xda masuk paper

YANG NAK PAK LAH BERHENTI


Baru sekejap kawan saya Editor Watan balik setelah keluar selepas isyak tadi. Pagi ini dia balik dengan membawa ole-ole yang istimewa untuk bersahur, katanya. Dia membawa pulang tujuh buah buku kecil berkulit hitam berjudul “25 ALASAN PAK LAH WAJIB BERHENTI DARIPADA PM DAN PRESIDEN UMNO – PARTI LEMAH, KERAJAAN GOYAH, RAKYAT SUSAH” yang ditulis oleh apa yang digelar sebagai Kumpulan Pemerhati Profesional Rakyat Malaysia.

Agak menarik buku kecil ini sekiranya dikaitkan kerelevanannya dengan situasi politik negara semasa, walau pun isi kandungannya masih tidak kuat untuk menyakinkan pembaca. 25 alasan ada relevannya, Cuma ulasan setiap alasan itu seolah-olah masih takut-takut dan tidak yakin.

Saya mengambil dari sudut yang positif. Rata-rata 25 alasan yang diberikan oleh kumpulan penulis buku kecil ini adalah alasan yang banyak orang sudah tahu serta telah dan sedang berlaku. Cuma mungkin buku kecil ini diterbitkan bersegera sebelum 9 Oktober bagi membantutkan tindakan Pak Lah terus menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO.

Usaha kumpulan penulis buku kecil ini wajar dihormati. Kita letakkan dulu ke tepi kumpulan penulis ini mirip kepada siapa-siapa. Cuma yang pasti, saya kira dan banyak orang lain juga berkira-kira begitu, bahawa kumpulan penulis ini sayang kepada UMNO sebagaimana Pak Lah kata dia sayangkan UMNO. Cuma mungkin kumpulan penulis ini bukan pemimpin yang mempunyai kuasa dan kedudukan, maka buku kecil menjadi pilihan, bukannya media perdana negara sebagai tempat memberi pandangan dan meluahkan perasaan.

Saya rasa, melihat kepada kualiti dan cara buku kecil ini diterbitkan, tiada sesiapa yang menaja mereka (kumpulan penulis ini) untuk terbitkan buku kecil ini. Mereka guna duit sendiri, bukan duit untung buat jambatan atau duit untung subsidi minyak atau duit untung jual kapal.

Saya tak pasti, berapa banyak buku kecil ini beredar di khalayak. Kerana itu, di bawah ini saya perturunkan 25 alasan yang dimuatkan di dalam buku kecil ini untuk renungan kita. Ulasan kepada alasan tak mampu untuk saya taipkan semuanya, boleh cari sendiri buku kecil ini, tetapi jangan marah mamat gerai buku kalau buku ini tidak terjual di gerai-gerai mereka.

25 ALASAN PAK LAH WAJIB BERHENTI DARIPADA PM DAN PRESIDEN UMNO :

1) BN tidak dapat 2/3 suara (kerusi) Parlimen dalam pilihanraya ke-12.
2) Pulau Pinang, negeri dibawahnya sendiri ditawan DAP–keseluruhan orang Cina tidak sokong Pak Lah.
3) Calon-calon kesayangannya kalah teruk (Setiausaha Politiknya 3 orang kalah di Kedah).
4) Lima negeri jatuh ke tangan pembangkang.
5) Majoriti undi dirinya merosot – 8 ribu.
6) Undi Cina dan India berpaling tadah di seluruh negara.
7) Lima menteri-menterinya kalah di tangan orang yang tak terkenal-anak bilis.
8) Raja tak hormat watikahnya di Perlis dan Terengganu.
9) Setiausaha Agung UMNO letak jawatan kerana tak dilantik sebagai menteri.
10) Dua timbalan menteri tolak jawatan dan satu timbalan letak jawatan.
11) Wakil wanita UMNO tidak dilantik dalam kabinet.
12) Kabinet membawa keresahan mudharat parti, ramai yang terasa hati.
13) Tiada wakil ahli agama yang berwibawa dalam kabinet negara-agama dipinggirkan.
14) Kelemahan Pak Lah yang membawa negeri Terengganu tiada kerajaan baru sehingga 1 bulan – menipu penyokong setianya sendiri (Dato’ Idris dan semua ADUN).
15) Lantikannya ditolak oleh istana Terengganu (krisis MB Terengganu).
16) 60% anggaran rakyat akar umbi tidak bersetuju dengan Pak Lah terus menjadi PM-25% tak peduli.
17) Peribadinya tidak disukai-ditakuti kerana pangkatnya-tidak dihormati oleh banyak pihak.
18) Cakap tidak sama dengan amalan.
19) Kurang prihatin kepada permasalahan masa depan negara.
20) Seronok melakukan kerja-kerja yang tidak disukai ramai.
21) Sukar menerima pakai nasihat kawan.
22) Lemah dalam apa jua tindakan, lembab dan bertangguh.
23) Ucapan dan kata-katanya tidak menarik, kurang mendapat perhatian, kadang-kadang menjemukan.
24) Tidak dapat menstabilkan harga bahan utama keperluan rakyat secara yang tidak membebankan.
25) Umum mengetahui pemikiran dan tindakannya senang dipengaruhi oleh keluarganya.

Pada akhir alasan itu, kumpulan penulis menulis :

Dengan 25 hujah dan alasan ini menjadi bukti Pak Lah tidak lagi layak menjadi orang no. 1 negara. Benarlah sabda Nabi : “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan Ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (kiamat)”.

Pak Lah berhenti negara selamat,
Pegang lagi parti tenat, Melayu gamat, negara kiamat.

Marilah kita doa dan usahakan agar Melayu selamat, negara berkat, Raja-raja terus berdaulat. Agama teras penyelamat, Wassalam.

http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2008/09/yang-nak-pak-lah-berhenti.html

sapa buat , berani la tanggung kat akhirat.

Oleh Dugong Darat

Tadi Ummi dan Sya pergi mengatur rakan2 muslimat ke rumah memasing bersedia untuk aktiviti petang.

Sambil mencari makan untuk aku, MSK, Ciberboron dan Topeng_Perak, deme terjumpa ader beberapa makhluk asing tengah sibuk menaburkan risalah macam kat bawah nih untuk tatapan penduduk di sekitar Bukit Gantang

Bagi aku deme nih niat nak kabo yang Pakatan Rakyat yang buat, namun demikian dikenal pasti berkemungkinan bahawa deme nih adalah orang-orang UMNO.

Risalah ini ditaburkan semasa orang sedang solat Jumaat.

Makai, sesiapa yang terjumpa risalah itu hendaklah segera musnah semuanya. Mereka berniat ingin memburukkan imej Pakatan Rakyat.

Laporan polis sedang dibuat oleh Sya dan Haji Ismail.

Laporan seterusnya boleh rujuk blog perisik rakyat yang sedang berada di lokasi balai.

sumber: Ummi Ani

dsc04234

dsc04235

Lagi gambar

11

21

33

51

62

7

Datuk Abu Hasan Din masuk hospital


"Saya terjatuh di bilik air kerana lantai licin ketika bersiap menunaikan solat Subuh kemudiannya pengsan dan hanya sedarkan diri selepas dimasukkan ke wad 1 HSA", cerita TOKOH agama yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selepas terjatuh dalam bilik air di Rumah Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Selasa lalu.

Lain-lain:

1. Datuk Abu Hassan, 62, ke UTM Isnin lalu bagi memenuhi jemputan ceramah agama sempena Maulidur Rasul anjuran Kolej Tun Fatimah, UTM.

2. Mengikut laporan doktor, ada sedikit kecederaan pada kepalanya dan dinasihatkan supaya banyak berehat.

email menang loteri bertimbunan

Dah jemu aku melihat email yang memberi harapan palsu kat aku, kalau semua tu betul ada dalam Berjuta dolar US aku dapat. Tapi nampak sangat orang yang buat tu bodoh sebab dia hantar kat aku yang xda duit ni. Lagi bodoh bila dia suruh aku diposit dulu masuk ke akaun, pastu baru boleh dapat duit yang menang tadi tu.

Ini contoh2 email yang aku dapat:

Mrs.Rose Wood you have been selected for a cash prize of £500,000 (Five Hundred Thousand (British Pounds) held on the 17th of March, 2009 in London UK.The Selection was carried out through a Computer Random Selection System and your email address emerge as one of the Three Lucky Winners. REF No: UKNL-L/200-26937


">
Irish Claims Centre You won 750,000pounds. Contact Mrs. Sofia David. sofiadavidclaims@btinternet.com

British Online Promo you have been selected for a cash prize of 1,200,000 (British Pounds) held on the 5th of March 2009 in London (United Kingdom).Theselection process was carried out through random selection in Our computerized email selection system (ESS) London Uk.


">
British National Lottery Board

Agent Name: Mr. Alvin Johnson
Tel: +44 704-571-0545
Email: ( mr.alvinjohnsondept@msn.com )

This is to inform you that you have been
selected for a cash prize of 1,000,000
(British Pounds) held on the 5th of March
2009 in London (United Kingdom).Theselection
process was carried
out through random selection in Our
computerized email selection system (ESS)
London Uk.

COMPAQ Winners Alert Your email has been awarded the sum of £950,000 in the COMPAQ Award. Send your Name, address, Age, Country and Tel. to williams.spencer1@btinternet.com for claims.

Irish National Lottery You won £750,000.

Please acknowledge the receipt of this mail with the details below to

Mr.Derek White batch: 074/05/ZY369

dan banyak lagi.

macam mana nak tahu benda ni tipu?

mudah saja. Ambik ref no atau apa2 yang berkaitan dengan claim atau company yang buat tu.

search kat google tengok la kalau ada word 'scam' keluar maka anda hampir2 ditipu.

Apa pun selamat mencuba.

14 April tarikh akhir tuntut rebat

UALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan sehingga 14 April ini tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Pos Malaysia, dalam satu kenyataan semalam, berkata pemilik kenderaan yang layak, digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.

Mereka juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

Bila aku dah bengang!



Hanya boleh diungkap dalam isyarat bergambar sahaja..

Apa maksudnya?

p/s: aku bukan menghina UTM

Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today


Mumbai, 19 Mac:

Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."

Hal biasiswa dan pinjaman: takda siapa nak buat isu kat parlimen

memang tak dinafikan, berjimat mana pun seorang mahasiswa takkan cukup wang belanja. Buku pun dah dalam RM 500 satu sem. Belum campur surat saman lagi, bayar elektrik lagi dan apa2 lagi. Lain lah kalu dapat biasiswa JPA, lebih makan ada la. Yang kita ni terkial2 hujung2 sem bila duit takda, jiwa pun kacau. Ahh, nak tak nak mintak duit mak bapak.

Kesian jugak tengok budak dapat PTPTN bila duit yang dapat pun tak cukup nak bayar yuran. Ada yang ikat perut makan sekali sehari, ada puasa sunat, ada yang kerja hingga pelajaran terabai dan ada yang sanggup pegi merompak. 

Apa pun reaksi penaja memang tak dapat diterima akal orang yang berpelajaran, sebab kos hidup sekarang dengan kos hidup 2 tahun dahulu dah banyak beza. Lagi2 yang ada transport, paksa kuar RM 20 seminggu nak isi minyak.

So, nak mintak kerajaan tambah sikit je, tak banyak pu nRM 300 je ke..Kalau mampu bagi la macam budak JPA dapat. Tak la puteh mata tengok member makan sedap tiap hari.