Wednesday, March 18, 2009

Liga Arab enggan tangkap Omar


DAMSYIK - Pengerusi Liga Arab, Amr Moussa menolak permintaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) untuk menangkap Presiden Sudan, Omar Al-Bashir atas dakwaan melakukan jenayah perang di Darfur.



Beliau berkata, Qatar turut menolak permintaan secara individu oleh mahkamah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.



Pada masa yang sama, Omar membayangkan kesediaan beliau untuk menghadiri sidang Liga Arab di Qatar lewat bulan ini.



Amr yang berada di Syria kelmarin turut memberitahu, beliau bimbang penangkapan Omar akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan di Sudan.



Presiden Sudan itu menafikan semua dakwaan ICJ terhadapnya.
Malah, beliau turut menegaskan untuk tidak memberi kerjasama terhadap mahkamah yang berpusat di Belanda itu.



Setakat ini, hanya tiga daripada 22 negara anggota Liga Arab yang mengiktiraf ICJ iaitu Jordan, Djibouti dan kepulauan Komoros.



Sudan sehingga kini mengusir 13 agensi bantuan asing yang kebanyakannya beroperasi di Darfur kerana didakwa menjadi tali barut ICJ.

No comments: