Saturday, February 28, 2009

Istana jadi muzium

KATHMANDU 27 Feb. – Istana Raja Nepal yang disingkirkan dijadikan muzium dan dibuka kepada awam hari ini bagi memberi peluang kepada orang biasa melihat sendiri gaya hidup mewah dan kekejaman bekas raja-raja mereka.

Dinasti Shah telah memerintah Nepal selama 240 tahun tetapi dibubarkan Mei 2008 selepas pemberontak Maoist dan parti-parti utama menandatangani perjanjian damai dengan Raja Gyanendra.

Antara tarikan utama muzium Narayanhiti itu adalah tempat istiadat pelantikan takhta, dewan jamuan dan bilik bekas raja yang dihiasi dengan emas dan perak.

Muzium yang sedang dalam pengubahsuaian itu dilaporkan akan membuka lebih banyak lagi bilik untuk tontonan awam serta akan mempamerkan cokmar dan takhta yang dihiasi berlian dan zamrud serta kereta Mercedes-Benz yang diberikan oleh Adolf Hitler kepada datuk Gyanendra.

“Pameran ini menunjukkan perbezaan besar antara gaya hidup orang biasa dan dan kerabat diraja yang telah menyebabkan bermulanya perang saudara,” kata bekas pemimpin pemberontak Maoist, Nanda Kishore Pun ketika mengunjungi Muzium berkenaan.

Kumpulan pemberontak Maoist telah berperang dengan Tentera Diraja Nepal lebih 10 tahun dan mengorbankan 13,000 orang. – AFP


Perkara macam ni tak mustahil berlaku di Malaysia

No comments: