Saturday, March 21, 2009

Bila orang agama tidak yakin dengan najib, maka nasihat diberi

BANGI 20 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berharap Datuk Seri Najib Tun Razak dapat meneruskan agenda agama sedia ada selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelak.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, suara dan pandangan golongan agamawan atau tokoh agama perlu diambil kira dalam negara bagi mengelak tercetusnya sesuatu krisis.

"Meskipun berada dalam kelompok kecil, kami juga turut berpengaruh dalam institusi masyarakat selain golongan profesional terutama ahli politik.

"Harus diingat bahawa peranan, suara dan pandangan golongan ini tidak hanya terhad pada bidang agama semata-mata, kami juga boleh membantu dalam hal-hal pentadbiran dan pembangunan negara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Konvensyen Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Jakim dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) di sini hari ini.

Menurut Wan Mohamad, selain memartabatkan Islam dalam pentadbiran negara sesuai dengan kedudukannya sebagai agama rasmi, langkah itu juga diyakini boleh membantu memprofesionalkan golongan itu.

Harap2 najib faham, jangan pernah mengasingkan agama dalam mentadbir negara...

No comments: