Romania kaji sumbang mahram bukan jenayah
BUCHAREST: Romania menimbang untuk menarik balik sumbang mahram sebagai perbuatan jenayah dalam kajian semula lebih meluas ke atas kanun jenayahnya, seperti di Perancis, Sepanyol dan Portugal.
Pada masa ini, semua bentuk sumbang mahram di Romania boleh membawa hukuman sehingga tujuh tahun penjara.
“Tidak semua yang tidak bermoral itu adalah haram,” kata pakar perundangan Kementerian Kehakiman, Valerian Cioclei.
“Kita tidak membantu dengan menjadikan mereka yang terbabit dalam sumbang mahram sebagai penjenayah dan menghukum mereka.”
Undang-undang yang mengecualikan anggota keluarga daripada dikenakan tindakan kerana sumbang mahram secara rela, seperti di Perancis, Sepanyol dan Portugal.
Di Amerika Syarikat, semua 50 negeri dan daerah Columbia menghalang sumbang mahram, walaupun berlaku secara suka rela. Namun, ada beberapa negeri tidak mengenakan hukuman bagi kesalahan berkenaan, menurut Harvard Law Review. - AP
Komen sikit: Keja orentalis barat, nak lawan hukum tuhan ngan hukum kepala otak sendiri. Cuba la kalu dapat! makin gagal lagi ada!
No comments:
Post a Comment