Saturday, March 7, 2009

Mufti Perlis

Bila aku terpost tentang Md Isa, teringat pulak aku kat jawatan Mufti Perlis yang selalu menjadi perhatian orang ramai.

Last skali aku terdengar pasal jawatan ni waktu kerajaan Perlis tengah cari pengantinya.Ada 2 calon waktu tu, yang aku kenal hanyalah Dr Juanda. Sebab pa aku kenal dia? Ha, sebab dia org sarawak, dan banyak kali dijemput ke majlis-majlis ilmu tak kira la tempat aku tu surau nya tak sesempurna surau-surau lain di sekitarnya.

So, nak dapatkan kepastian aku pun cari la kat google pasal Jawatan mufti ni. Memang sah Dr Juanda yang pegang.

Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis baru 

Utusan Malaysia 
27/01/2009 2:03pm 

KANGAR 27 Jan. - Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya, 37, disahkan 
sebagai mufti baru Perlis baru mengantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang 
menamatkan kontraknya pada 11 November tahun lalu. 

Pengisian Dr. Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah 
Jabatan Agama Islam Sarawak menamatkan spekulasi 'kerusi' Mufti Perlis 
selepas kosong hampir dua bulan. 

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu berkata, Dr. Juanda 
dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti 
Perlis bagi tempoh dua tahun. 

Katanya, pemilihan bekas naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan 
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - Utusan 

So, siapa dia Dr Juanda Jaya?


 KANGAR: Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis," katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini semalam.


Beliau berkata Dr. Juanda merupakan antara enam calon yang nama mereka dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai bakal Mufti Perlis bagi mengisi kekosongan kerusi yang tinggalkan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 30 November tahun lalu.


"Dr Juanda merupakan seorang yang mempunyai pegangan akademik yang baik, selain dari kalangan pengamal fahaman Sunnah Waljamaah selari dengan perlembagaan kerajaan negeri Perlis," katanya kepada pemberita.


Dr. Mohd. Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.


Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam.


Sementara itu, Dr. Juanda yang dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima tawaran kerajaan negeri Perlis sejak akhir Disember lalu.


"InsyaAllah saya akan mula bertugas pada Februari ini," kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu. BERNAMA

Manakala Dr Juanda pula, yang berketurunan Melanau dan bekas naib Mufti Sarawak ini, dilihat lebih ‘liberal’ dan lemah lembut keperibadiannya. Lebih menarik lagi, tokoh agama yang berusia 37 tahun ini bukan orang asing di negeri Perlis.

Secara berseloroh, beliau berkata, “orang Perlis lebih awal kenal saya dari Dr Asri sendiri.”


[juanda.jpg]“Saya dan Dr Asri ada pemikiran yang sama. Islam perlu dimartabatkan dan fahaman yang salah itu perlu diperbetulkan,” jelas tokoh agama kelulusan Universiti Al-Azhar yang kini ketua

 penolong pengarah di bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Seandainya diberi mandat menggantikan Dr Asri, apakah agaknya arus perubahan yang akan dibawa oleh Dr Juanda yang mendapat Masters dalam Syariah pengkhususan penggubalan Undang-undang keluarga Islam Malaysia dari UKM ini?

“Saya sendiri belum terfikir ke arah itu,” katanya lagi.

Dr Juanda sering menulis di ruangan Berita Harian. Pemikiran dan aliran beliau senang diterima ramai kerana lembut dan tidak kontroversi dengan ahli sunnah serta tidak kurang hebatnya juga dengan kritikan keras termasuk pengasas Islam mazhab baru Amina Wadud yang juga antara pengasas SISTER IN ISLAM di Malaysia yang kuat disokong Asri melalui kenyataan selari dengan aliran pergerakan mereka.

Bahkan SIS juga menjadi penyokong untuk PKR yang sangat liberal seperti fahaman mereka yang juga liberal dalam agama. Dan Dr Asri menjadi wira kepada golongan golongan SIS, Anti hadis Kassim Ahmad yang telah lama mengidam untuk membelasah JAKIM, Jabatan Agama dan Institusi Mufti yang menyekat fahaman mereka.

Dr Azwira juga pendokong Wahabi yang menonjol sebagai Ahli Sunnah atas manhaj Nabi s.a.w. Sama seperti Dr Juanda juga….Ada sedikit ulasan mengenainya. Asri ditolak bukan kerana menyokong mana mana parti ( walaupun jelas cenderung kepada pembangkang ) tetapi dia sebenarnya telah memecah belahkan PARTI ALLAH iaitu agama Islam itu sendiri. Peliknya pembangkang juga turut menolak Asri kecuali mereka yang fanatik wahabi sahaja tidak.
Pemahaman sukar diterima ramai seperti mana yang ada dibahaskan, mengkritik tindakan menangkap pasangan khalwat, mengkritik Pengarah JAKIM, mempertahankan Raja Petra dengan mengkritik ISA, dan banyak lagi kontroversi adalah lambang kepada kecelaruan pemikiran Asri sendiri.

Selain itu tentangan ulama lain terhadap Asri seperti
komen,
Asri menghina Nabi,
Menghina pegawai Agama,
Menghina institusi Ulama dan disokong pula Sister In Islam,
Mengkritik Imam Ghazali hinggakan sampai ke luar negara 

Oleh itu kita berharap dan berdoa agar Dr Juanda tidak akan ‘terjerumus’ di lubang yang sama kali kedua selepas mana kegagalan seorang Mufti pejuang Wahabi telah diberi peluang sejak 2006 menjadi Mufti termuda di Malaysia.

Walaupun kita juga khuatir Dr Juanda juga salah seorang pembela Wahabi di Malaysia jika melihat kepada berita di atas menerusi kata katanya ( kami ada pemikiran yang sama ) dan juga  dari blog ( patutlah Dr Juanda calon pilihan Dr Asri selain Dr Azwira ) yang mana mereka berdua turut hadir di seminat wahabi di Indonesia pada Ogos tahun lepas ( 2007 ) yang turut dihadiri MB Perlis ketika itu Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bahkan tokoh terkenal Wahabi juga seperti Sheikh Salim Eid Muhammad Hilali turut diundang ke Malaysia dan bagi saya INI SANGAT BAHAYA kerana boleh menumbangkan kejatian akidah murni Islam sebenar !

Bagi saya cukuplah Wahabi merosakkan perpaduan islam dan kritikan terhadap Wahabi bukan bermakna ingin menggalakkan perpecahan, bahkan INI adalah langkah langkah PENCEGAHAN agar ramai di luar sana tidak tahu dan mereka perlu tahu sebelum terkena dengan virus WAHABI yang sukar diubati ini.

Kerana MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI !

Ni yang media punya, yang aku tau pasal dia:

Penceramah kat surau perumahan aku. Dia memang best kalau bagi ceramah. Banyak pendapat baru yang dia kemukakan hasil kajiannya bagi menangkis pendapat lama dalam hal feqah, sirah, ibadah dan sebagainya.

Dia memang takda kes, masih bersih lagi.

Bertuah la Perlis dapat Mufti macam dia, sunyi la surau tempat aku lepas ni.

Ini pulak link ke web page Dr Juanda, Click kat nama dia.macam dah lama tak update, mungkin dia sibuk.

No comments: