Saturday, March 7, 2009

Jawah atau Bawin, mereka bukan pilihan rakyat

Walaupun keduanya muka lama, beliau yakin ia tidak membawa kemenangan kepada mereka

KUCHING: Jika Jawah Gerang yang dipertaruhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Batang Ai, ia tidak semestinya membawa kemenangan kepada parti berkenaan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Mong Dagang yang berkata demikian memberitahu, jika Nicholas Bawin pula bertanding ia juga tidak memberi jaminan kemenangan.

Menurut Mong, kedua-dua calon merupakan muka lama dan dikenali rakyat tem- patan, tetapi tidak semestinya mereka menjadi pilihan rak-yat.

“Saya percaya rakyat masih memberikan sokongan padu yang sama kepada mana-mana calon yang akan dipilih BN untuk mempertahankan kerusi ini.

“Siapa calon pembang- kang tidaklah penting kerana saya percaya kita (BN) akan memenangi kerusi dan tidak akan kehilangannya,” kata-nya kepada pemberita da- lam sidang media selepas mesyuarat Pergerakan Pe-muda BN Negeri di sini semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai peluang Jawah dan Bawin pada pilihan raya kecil itu kelak, Mong berkata, jika mereka mempunyai sokongan yang kuat, mereka tidak akan tewas dalam pilhan raya yang lalu.

Dalam pada itu, Mong memberitahu rakyat atau pengundi di kawasan berkenaan mahu calon yang bakal diketengahkan adalah orang tempatan dan memiliki pengetahuan tinggi.

“Saya telah turun padang dan mereka mahu calon mempunyai kelayakan dan berpengetahuan seperti mana yang dimiliki penyandang dulu,” ujarnya lagi.

Mengenai nama calon tempatan yang telah dikenal pasti oleh BN, Ketua Pergerakan Pemuda BN Negeri, Fadilah Yusof memberitahu ia bukan dalam bidang kuasa mereka (Pemuda), dan menyerah- kan kepada pihak tertinggi parti.

Fadilah menambah, sayap Pemuda BN Negeri tetap memberi jaminan dan sokongan padu kepada mana-mana calon BN yang dipilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon untuk pilihan raya kecil Batang Ai pada 29 Mac dan disusuli hari mengundi pada 7 April depan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh yang serentak dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor yang membolehkan proses pengundian berjalan lancar.

Pilihan raya kecil Batang Ai dibuat berikutan kematian penyandangnya, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting, pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

No comments: