Sunday, March 8, 2009

realiti atau fantasi?

Baru-baru ini, kisahnya di UTM, banyak cerita aku dengar dari kekewan aku.
Apa yang dia orang ceritakan?

Cerita pasal ganguan..

Ganguan apa?

benda tu..

Benda tu apa?

Benda tu la..

Apa ke benda tu?Hehe

Hantu la! setan, iblis, dan sekutu dengan nya..

Owh, bahaya jugak ni..

Diriwayatkan dari sahabat semeja semakan kat cahaya tom yam kat belakang petronas tu, semalam dua malam yang lalu, dan hari-hari yang lama dah berlalu, dia cerita waktu nak tido malam kena bisikan sesuatu kat telinga. Apa yang dibisikan pun tak paham.Bunyinya muncul apabila kawan aku tu dah separa sedar waktu nak tido. Tahu tak cam ne separa sedar ni? kira dah 5-10 minit ko baring,pastu macam dah masuk mimpi sedap, tetiba macam dengar suara dari alam nyata. tak ke hilang syok nak tido tu??

Lepas tu pulak, dia perasan bunyi tersebut yang boleh dikatakan High frekuensi (sebab makhluk2 Allah semuanya bercakap dengan frekuensi berbeza, contohnya semut,ko dengar tak apa kata semut?) Bila sedar je terangkat bulu roma. Kot2 dapat rasa makhluk tu ada bertenggek kat atas locker pulak. Nauzubillah.

Cerita kat tempat lain pulak tetapi masih kat dalam UTM lagi. Kawan aku ni online kat fakulti. Sebab nak dapat excellent connectivity wifi UTM sanggup pergi kat fakulti atas bukit demi mendapat liputan terpantas. HAHA. Waktu tu pulak dam pukul 1 pagi macam tu la. Tengah syok2 online tetiba je dengar benda jatuh dari pokok jambu. Kuat amat bunyinya. Macam biasa, cool je, lelaki kena cool, baru nampak macho. Kira selang sejam lepas tu pulak terdengar lagi bunyi yang sama tapi kuat sikit je. Dah lain macam je rasa badan member. Online lagi, banyak yang kena download ni..Lepas tu pulak selang sejam lagi, bunyi yang sama jatuh di tempat yang sama dan tak ada benda apa pun yang zahir dok kat situ melainkan buah jambu dan daun-daun kering. Makin kuat bunyi makin kencang jantung berdegup. Cukup dah 3 kali dengar bunyi "degup" benda jatuh, Chow terus.

Jadi, waktu tengah tunggu makanan sampai, berdiskusi lah kita orang kat situ tentang benda yang pelik ni. tak dapat dinafikan setiap orang ade je cerita nya nya, semuanya menarik.

Hasil perbincangan tadi dapatlah disimpulkan bahawa projek-projek baru di sekitar UTM yang telah membuka kawasan baru di kawasan sekitarnya telah memusnahkan habitat makhluk ini. Tak mustahil lah sebab kera kat UTM pun merayau siang malam sampai curi makanan kat bilik member.

Aku pun nak tambah jugak, baru semalam aku dengar ceramah ustaz Ismail Mustari pasal adab tidur. Dia pesan sebelum tidur tu bacalah apa yang dibaca Rasulullah SAW sebelum tido. Mula-mula tadah tangan nak berdoa. Pas tu, baca Basmallah. Baca '3 Qul': surah Alikhlas,Alfalaq, dan Annas. Kemudian sapu di seluruh badan yang dapat dicapai. Pastu berniat dalam hati semoga Allah melindungi kita dan agar kita dapat dibangunkan dalam keadaan segar, puas dan bermotivasi untuk menempuhi hari-hari suka duka kita di dunia ini.

Kalau ada hajat dihati mintak lah dengan Allah yang mencipta kamu. Bukan mitak dengan yang berbisik dengan kamu waktu nak tido tu..-kaum muda

2 comments:

sirNik said...

salam...ziarah..

artikel yang menarik..syabas.

Lem said...

tq mal...
nanti aku amalkan lah...