Sunday, March 8, 2009

PM Palestin letak jawatan




RAMALLAH 7 Mac - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad (gambar) mengumumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Fayyad membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa selepas penubuhan sebuah kerajaan perpaduan Palestin selewat-lewatnya pada akhir bulan ini, kata Perdana Menteri itu.

Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum rundingan perkongsian kuasa antara Abbas dengan seterunya, pergerakan Hamas disambung semula.

Fayyad dilantik oleh Abbas selepas Hamas merampas kuasa di Genting Gaza pada 2007.

Keputusan beliau untuk berundur boleh dilihat sebagai langkah untuk berbaik-baik dengan Hamas yang telah berkali-kali menuntut Fayyad meletakkan jawatan.

Fayad dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin oleh Abbas selepas Hamas mengambil alih Genting Gaza daripada Fatah pada 2007.

Kumpulan Fatah dan Hamas kini bersungguh-sungguh untuk berdamai ke arah penubuhan kerajaan perpaduan di Palestinl. - AP

No comments: