RABAT 7 Mac - Maghribi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran setelah menuduh Teheran cuba menyebarkan fahaman Syiah di negara Arab Sunah ini.
Hubungan antara kedua-dua negara tegang baru-baru ini, berikutan kenyataan Iran yang mempertikaikan kedaulatan Bahrain, sebuah negara Arab pimpinan Sunah, sehingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia Arab, menurut Kementerian Luar Maghribi malam tadi.
Kementerian itu menuduh Kedutaan Iran di sini cuba "mengubah asas-asas agama di negara ini serta mengancam perpaduan agama di Maghribi."
Rabat menyifatkan tindakan Iran itu sebagai campur tangan tidak wajar dalam urusan negara ini.
Media Maghribi kerap menuduh Kedutaan Iran di sini cuba menyebarkan fahaman Syiah sejak beberapa tahun lalu. - AP
No comments:
Post a Comment