Friday, March 6, 2009

Haramkan UMNO celaka

Kita tinggalkan segala isu mengenai Speaker kepada Siva, kerana beliau lebih arif dalam permasalahan Speaker. Dan. Tidak perlu kita bimbang.

Saya secara peribadi, tidak sabar, untuk menunggu, bilakah Siva akan mengenakan 'Panel Code' kepada bekas SU Dewan, Najib, Ketua Polis Ipoh, Zambry dan sesiapa sahaja yang, menyekat daripada Sidang DUN berlangsung. Termasuklah yang dikatakan Ayahanda Pekida Ipoh.



Saya ingin tinggalkan bebanan tersebut kepada Siva untuk menguruskan, Kerana, kita tidak mampu untuk menanggung beban tersebut.

Kita terbang jauh lagi, untuk membicarakan keCELAKAAN UMNO. Sekarang ini, jika anda termelawat, web bloggers UMNO CELAKA, anda pasti tertawa, tertawa sehingga tidak percaya, mereka ini adalah UMNO.

Mereka sudah pandai bertakbir, masyAllah, satu perubahan besar bagi UMNO yang ingin memujuk rayu PAS untuk bersama-sama mereka. Bertakbir apabila mainkan isu perkataan "Allah". Bertakbir apabila MELAYU di isukan.

Haih!!! Pandai mereka berlakon dan bersandiwara.

Saya tinggalkan dahulu isu Allah untuk saya bincangkan dalam entri yang lain.

Sebab. Saya lebih suka menyentuh isu derhaka dan kedaulatan mereka kepada Sultan-sultan Melayu di Malaysia ini.

Pertama sekali UMNO sepatutnya, jika ia benar-benar, ingin menjadi jaguh dan mempertahankan Sultan-sultan Melayu, mereka tidak sepatutnya menghapus perkataan MELAYU dalam pelajaran Sains dan Matematik.

Itu sebab yang paling jelas sekali mengapa UMNO ini hanya bersandiwara dan hanya berselindung disebalik institusi Sultan. Apabila mereka lemah. Dan, Tak terdaya untuk melawan dari segi Perlembagaan dan Perundangan.

Kedua, mereka wajib menukar nama mereka UMNO tersebut kepada perkataan yang lebih MELAYU lagi. Apa kes? United Malay Nation Organization mahu berjuang atas nama MELAYU dengan nama inggeris? Jika terus biarkan kepada mereka, mereka akan hancurkan MELAYU sepertimana mereka menghancurkan JAWI dan Bahasa MELAYU dalam mana-mana sudut yang mereka boleh.

Saya hanya ada dua pengharapan.

Pertama - Di sebabkan UMNO sekarang bermain dengan isu ALLAH, jika mereka tidak ikhlas dan hanya sebab-sebab politik dan kotor mereka, biarlah ALLAH SWT menghukum mereka.

Kedua - Sudah banyak UMNO melakukan jenayah kepada MELAYU dan BAHASAnya, saya minta Sultan-sultan MELAYU supaya mengharamkan UMNO sekali lagi.

UMNO? Untuk diamanahkan berjuang MELAYU tidak sama sekali, isu agama? Jauh panggang dari api!! Haiiihhhh!


Lihat gambar di atas. Al Quran hanya alat sahaja bagi UMNO, tidak ada keadaban apabila berhadapan dengan Al Quran. Ingin membuat apa yang disuruh ALLAH sepertimana yang tercatat dalam AL Quran? jauhhhhh sekali....

Tanpa UMNO pasti MELAYU dan ISLAM ditindas? Rakyat Malaysia dan Sultan-sultan MELAYU tahu dan pasti berkata, tanpa UMNO kami hidup dengan aman dan bahagia, tanpa risau MELAYU dipermainkan dan ISLAM diperkotak-katikkan.

Mapuh UMNO!!

Teliti semula bina jambatan Labuan-Sabah - PM

LABUAN 5 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) meneliti semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau ini dengan Sabah supaya ia diberi keutamaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi perhatian cadangan jambatan yang dianggarkan sepanjang 17 kilometer dengan kos kira-kira RM550 juta itu dan telah tertangguh sejak 1997.

Katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja penting bagi kemudahan penduduk di sini malah akan merancakkan lagi pembangunan di pulau bebas cukai itu.

"Saya berharap ini akan menjadi kenyataan. Mungkin tidak dapat serta merta tetapi saya mengharapkan satu pendekatan yang baik dapat dicari untuk kemajuan Labuan sekali gus meningkatkan nilai tambah kepada hab halal yang diwujudkan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak projek Hab Pengedaran Halal Wilayah Persekutuan Labuan di Kiansam di sini hari ini.

Tahun lalu, Zulhasnan memberitahu kerajaan telah melantik Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalankan kajian mengenai keperluan jambatan bagi menghubungkan pulau ini dengan Menumbok di Sabah.

Kajian tersebut meliputi kesan baik dan buruk pembinaan jambatan itu dari pelbagai sudut.

Pada masa ini, Labuan dihubungkan menerusi pengangkutan air dan udara ke Sabah.

Sementara itu, mengenai pembangunan di pulau berkenaan, Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memastikan Labuan bukan sahaja dikenali sebagai pusat kewangan pesisir pantai antarabangsa tetapi pulau pelancongan yang menawarkan produk-produk berkualiti.

Katanya, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan.

Beliau menambah, selain pihak berkuasa, penduduk tempatan juga mempunyai peranan untuk menjadikan Labuan destinasi pelancongan utama di rantau ini.

''Semuanya bergantung kepada kita. Penduduk perlu menunjukkan budi pekerti yang baik, mesra kepada pelawat dan paling penting sentiasa bersama-sama menjaga kebersihan pulau ini," katanya.


kerajaan ingat makin lama tangguh makin rendah kos projek..dah lebih 10 tahun baru sekarang nak bangkitkan?

Thursday, March 5, 2009

Hapus konsep senior-junior

KUALA LUMPUR 4 Mac – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) hari ini mencadangkan supaya konsep senior-junior di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian gengsterisme di sekolah.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, selain itu konsep berkenaan turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.

Beliau mencadangkan perkara itu sebagai antara langkah bagi membanteras gengsterisme di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.

Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala itu dan pernah dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terlibat, hukuman seperti dibuang sekolah dan tindakan disiplin seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.

Baru-baru ini di Kuching, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat disepak dan dipukul termasuk dengan menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah dalam sebuah bilik asrama.

Di Kuala Lumpur pula, seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia di hospital setelah tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala kerana dibelasah berhampiran sekolahnya di Cheras pada 13 Februari lepas gara-gara berebut teman wanita.

Mohamad Ali berkata, konsep senior-junior itu akan memburukkan lagi keadaan apabila seseorang pelajar itu yang telah berada lama di sesebuah sekolah atau asrama berasa bahawa dia lebih berkuasa dan berhak membuat sesuka hatinya.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa selain konsep itu harus dihapuskan, warden di sekolah berasrama juga perlu meningkatkan lagi rondaan di blok asrama tanpa mengira waktu.

“Apa yang penting ialah bagaimana warden itu termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan PIBG memainkan peranan mereka. Semua pihak perlu peka mengenai sebarang perubahan tingkah laku pelajar. Kekerapan meronda di blok-blok asrama juga perlu dilakukan tanpa mengira waktu,” katanya.

Mohamad Ali yang juga Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata, kerjasama polis untuk membuat rondaan secara kerap di persekitaran kawasan sekolah juga dilihat mampu membendung kejadian gengsterisme.

Selain itu, Mohamad Ali turut menggesa supaya hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi menghukum pelajar yang terlibat dalam kejadian gengsterisme.

“Saya juga mencadangkan agar hukuman itu (rotan secara tertutup) dilakukan oleh ibu bapa pelajar terbabit dan untuk merotan, pihak sekolah mestilah mempunyai bukti yang kukuh sebelum menjatuhkan hukuman rotan.

“Dengan cara ini, pelajar itu akan sedar dan tidak akan mengulanginya kerana dia tahu ibu bapanya juga tidak berkompromi dengan kesalahan dilakukannya,” katanya. – Bernama


bagi aku memang tak patut, sebab budak dah tak hormat kat aku lagi..kes yang buli tu pun tak melibatkan senior- junior, sesama batch gaduh nak buat camne?

Kemuliaan Raja-raja perlu dipertahankan - Raja Perlis


KANGAR 5 Mac. — Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu kemuliaan Raja-raja dipertahankan ketika pelbagai pihak mula mengungkit pelbagai perkara termasuk yang menyentuh isu Raja-raja dan kontrak sosial.- utusan

Apa mulia sangat ka kita disisi tuhan hingga keangkuhan bangsa kita setanding keangkuhan bangsa yahudi..tunggu masa je lagi kita akan jatuh akibat keangkuhan bangsa kita sendiri kepada bangsa lain...

Wednesday, March 4, 2009

P'raya kecil Batang Ai 7 April


Pilihanraya kecil DUN Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac ini.- malaysiakini