Wednesday, March 11, 2009

Tidak tahu Nizar ingin menghadap - utusan

IPOH 10 Mac - Pejabat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menerima sebarang permohonan menghadap oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin seperti yang diuar-uarkan.

Jurucakap pejabat Istana Kinta ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan untuk menghadap Sultan Perak oleh Mohammad Nizar setakat ini.

''Sultan Perak berada di Kuala Lumpur dan tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini," kata jurucakap tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, Mohammad Nizar berkata, beliau akan menghantar surat bagi memohon untuk menghadap Sultan Perak hari ini.

Menurutnya, tujuan beliau menghadap baginda adalah untuk mempersembahkan tiga usul yang diputuskan semasa 'sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok' pada 3 Mac lalu.

Tiga usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, mencadangkan supaya Sultan Perak memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dan pengesahan keputusan Speaker DUN, V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang dewan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Istana Kinta di Jalan Dr. Nazrin Shah dekat sini mendapati beberapa buah kereta peronda polis berkawal di hadapan pintu masuk istana berkenaan.

Difahamkan, kawalan itu bagi menghadapi kemungkinan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Inilah puncanya sultan dimaki hamun, tak berjiwa rakyat dan zalim apabila utusan sebar berita palsu aka not up to date. Siapa yang rugi? orang melayu jugak la yang berpecah!

1 comment:

ramzi said...

Ada rakyak adalah Raja
Kalau ada Raja tak ada Rakyat tak guna juga
Raja patut dengar kata rakyat bukan Najib si Gila Kuasa
Kalau Raja terusan degilnya, Maka rasanya sistem beraja tidak akan kekal lama