MOGADISHU 10 Mac - Empat pemuda disebat di khalayak ramai di ibu negara Somalia ini semalam, selepas sebuah Mahkamah Syariah mendapati mereka bersalah atas tuduhan merogol secara beramai-ramai.
Hakim mahkamah, Abdul Haq berpendapat hukuman tersebut akan membantu mencegah kejadian rogol.
Namun begitu hukuman sebat dilaksanakan dengan tertuduh masih berpakaian dan tanpa melecetkan kulit mereka.
Dua daripada pemuda berkenaan masih mampu tersenyum dan ketawa ketika mereka disebat.
Kebanyakan hakim mahkamah ada hubungan dengan pemberontak berhaluan Islam yang memerangi kerajaan.
Mahkamah Syariah adalah antara segelintir institusi yang masih berfungsi di negara yang dilanda kekacauan dan tidak mempunyai sebuah kerajaan pusat yang mampu mentadbir negara sejak 1991.
Mahkamah tersebut menjadi asas sebuah pergerakan berhaluan Islam yang mengambil alih Mogadishu dan sebahagian besar wilayah selatan pada 2006 sebelum diusir oleh tentera Habsyah yang membantu kerajaan pusat yang lemah.
Pergerakan itu segera melancarkan kempen gerila ala Iraq dan sebilangan mereka masih memerangi kerajaan pusat sehingga kini. - AP
No comments:
Post a Comment