Wednesday, March 11, 2009

Pakej RM60 bilion

KUALA LUMPUR 10 Mac – Melebihi jangkaan! Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan tambahan berjumlah RM60 bilion – suntikan yang dijangka mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap kesan kemelesetan global dan pada masa sama, memastikan kesejahteraan rakyat.

Pakej yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu lebih sekali ganda daripada sekurang-kurangnya RM30 bilion atau 30 peratus daripada Bajet 2009 yang diharap-harapkan oleh pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi.

Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.

- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;

- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.


Apa bahagian yang aku akan dapat? Xda pa2? Ni hanya untuk puak2 dia saja, yang lain tu cuma nak bagi sedap teliga dengar je.

No comments: