Wednesday, March 11, 2009

PM Poland utamakan main bola

WARSAW 10 Mac - Perdana Menteri Poland, Donald Tusk meminta maaf selepas sebuah stesen televisyen tempatan merakam video menunjukkan beliau bermain bola sepak ketika beliau sepatutnya hadir bagi satu pengundian di Parlimen.

Stesen televisyen swasta TVN dalam video itu merakamkan Tusk sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya pada Khamis malam, sedangkan Perdana Menteri itu sepatutnya menghadiri pengundian di Parlimen berhubung pelan pencen.

Tusk hari ini berkata, beliau tidak mempunyai perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakannya yang tidak menghadiri pengundian itu.

Beliau meminta maaf dengan mengatakan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.

Perdana Menteri itu merupakan peminat bola sepak dan sering menghabiskan masa bermain sukan itu bersama rakan-rakannya dari Parti Civic Platform dan dari tempat asalnya, Gdansk.

Dalam pada itu, pesaing politik Tusk yang juga Presiden Poland, Lech Kaczynski dalam nada sinis bertanya: ''Apa keputusan perlawanan itu? Adakah beliau menyumbat gol atau tidak?'' - AP

No comments: