Tuesday, March 3, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT HAMPIR!

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.
"Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
Sahih Bukhari

DAH LAMA DAN SEDANG BERLAKU!

Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

DAH LAMA DAN SEDANG BERLAKU!

Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
"Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

DAH LAMA DAN SEDANG BERLAKU!

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.

SEDANG BANYAK BERLAKU! MASJID KRISTAL (TERENGGANU) DAN MASJID SELAT (MELAKA)

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan
dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat
sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk
dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

DAH BANYAK BERLAKU!

Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang
hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak
mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

HARI INI KITA DENGAR YB BUKIT GANTANG MENINGGAL DUNIA..AL-FATIHAH..

Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara
tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan
hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani

SEDANG BERLAKU DI PERAK DAN DAHULU PUN ADA BERLAKU DIMANA MANA.

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya
sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalinya saja." - Riwayat Ahmad

MEMANG HARI HARI BERLAKU!

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang."

MEMANG RAMAI, SAMPAI PEDIH MATA TERPANDANG!

Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

JIKA DITELITI, MEMANG BENAR IA BERLAKU WAKTU INI!

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan
berita."Pada akhir zaman akan muncul
pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu
dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu" - Sahih Muslim

TV3, RTM, UTUSAN, BERITA HAIRAN, DAN ANGKATAN BERITA KEBANGSAAN MALAYA.

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang
benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan
banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar" - Riwayat Ahmad

SAIFOOL AWW!

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab
kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
- Sahih Muslim

SUDAH BERLAKU WAKTU INI.

1 comment:

Shitsurei Shimashita said...

moga2 kita antara golongan yg terselamat dr fitnah dunia..amin