Friday, March 20, 2009

"Saya nakhoda Pas" - Nik Aziz

KOTA BAHARU 20 Mac - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti Pas. - Bernama