Thursday, March 19, 2009

Kereta Paling Murah Di Dunia: Siapa Dapat AP?

Oleh setisab

" MUMBAI: Kereta paling murah di dunia, Tata Nano, akan dilancarkan minggu depan.Kereta berbentuk kacang itu menarik perhatian dunia kerana harganya yang murah, hanya 100,000 rupee (RM7,143.43) bagi model asas.

Meskipun ia diiklan sebagai kereta yang mampu dibeli jutaan penduduk India, para penganalisis berkata Nano dan syarikat pengeluarnya, Tata Motors, mungkin menghadapi kegenjotan disebabkan masalah pengeluaran, merosotnya permintaan dan krisis ekonomi dunia.



Besar kemungkinan hanya 30,000 hingga 50,000 kereta Nano akan terjual pada tahun pertama disebabkan keupayaan pengeluaran yang terhad.

Nano kini dikeluarkan oleh dua loji pembuatan dalam ‘operasi sementara’ kata pengarah kumpulan Tata.

Beberapa individu berpengaruh di Malaysia dilaporkan berminat membawa masuk Tata Nano ke negara itu. Kalangan pengusaha kereta import telah mula melobi menteri berkaitan dan isteri bakal presiden sebuah parti pemerintah untuk tujuan mendapatkan AP.  — Agensi Berita.


No comments: