KUALA LUMPUR: Cadangan meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Perdana Menteri baru, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, berkata cadangan berkenaan jelas mahu menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli Umno khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Muhyiddin mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, meminta Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baru dari kalangan ahli Parlimen yang boleh diterima rakyat.
Berucap pada satu majlis semalam, Zaid berpendapat pelantikan bakal Presiden Umno itu sebagai Perdana Menteri akan memecah belahkan rakyat negara ini.
Muhyiddin berkata, kenyataan Zaid itu langsung tidak menyumbang untuk menyatupadukan rakyat negara ini dan jelas mencerminkan sikap sebenar Zaid yang 'menangguk di air keruh' dan 'gunting dalam lipatan'. (cantik peribahasa ni)
No comments:
Post a Comment