Thursday, March 19, 2009

Isu Limbang dianggap selesai apabila perjanjian dimuktamadkan: Rais

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai Limbang dianggap selesai apabila pertukaran surat perjanjian yang dimeterai oleh Brunei Darussalam dan Malaysia berkaitan sempadan negara dimuktamadkan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Katanya, bagi menyelesaikan isu itu, pengukuran semula sempadan dan perbincangan susulan bagi semua tuntutan sempadan akan dijalankan.

"Sememangnya perkataan Limbang itu tidak ada di dalam perbincangan persempadanan tetapi pandangan umum apabila kelima-lima perjanjian ukur ini dimeterai dan dilaksanakan maka soal semua persempadanan akan selesai dan ayat bahawa dengan pelaksanaan kelima-lima perjanjian ini, maka selesai semua isu yang berkaitan dengan sempadan.

mana satu yang betul ni? takkan nak aku g tanya sultan brunei sendiri? Malu lah malaysia camni...

No comments: