Saturday, March 14, 2009

Selangor masih belum siarkan senarai harta MB, Exco

SHAH ALAM 13 Mac - Orang ramai masih belum dapat mengakses perisytiharan harta semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor menerusi laman web www.selangor.gov.my sehingga pukul 3 petang ini.

Walaupun pautan bertajuk Perisytihar Harta Y.B EXCO Selangor untuk mendapatkan maklumat tersebut dilihat telah wujud pada laman web berkenaan, namun ia didapati belum dapat diakses lagi.

Perisytiharan aset meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan sejak tarikh rasmi angkat sumpah Exco dijadualkan akan dipaparkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Tindakan itu sebagai menuruti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu. - Utusan

Friday, March 13, 2009

Academic calender 09/10 for UTM only

klik sini

Teresa fail saman terhadap Syed Hamid

KUALA LUMPUR 13 Mac – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana mendakwa beliau ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hujung tahun lalu.

Beliau turut menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Deputi Supritendan E Kim Tien dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat.

Writ permohonan difailkan melalui firma guaman Tetuan S.N.Nair & Partners pada pukul 8.37 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini - Utusan

BN kekal kerusi Parlimen Pensiangan

KOTA KINABALU 13 Mac – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menerima rayuan Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini membatalkan kemenangan Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lalu.

Keputusan dibacakan hakim, Nik Hashim Nik Abd. Rahman. - Utusan

Plak peringatan sidang DUN Perak bawah pokok pecah


IPOH 13 Mac – Plak peringatan yang dibina bagi memperingati sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok telah dipecahkan awal pagi ini.

Plak marmar itu didirikan di bawah pokok Ahad lalu. - Utusan


Dah ada tangan dajal dah!