Saturday, March 14, 2009

Selangor masih belum siarkan senarai harta MB, Exco

SHAH ALAM 13 Mac - Orang ramai masih belum dapat mengakses perisytiharan harta semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor menerusi laman web www.selangor.gov.my sehingga pukul 3 petang ini.

Walaupun pautan bertajuk Perisytihar Harta Y.B EXCO Selangor untuk mendapatkan maklumat tersebut dilihat telah wujud pada laman web berkenaan, namun ia didapati belum dapat diakses lagi.

Perisytiharan aset meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan sejak tarikh rasmi angkat sumpah Exco dijadualkan akan dipaparkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Tindakan itu sebagai menuruti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu. - Utusan

2 comments:

Helmi Razali said...

benda ni, pengishytiharan harta ni cuma untuk selangor je ke? Ke untuk semua negeri

kaum muda said...

selangor je