t2010/06/20
WASHINGTON: Dua firma media besar Asia Barat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mengaku beragama Islam kepada seorang menteri kanan Mesir awal tahun ini.Stesen televisyen Mesir, Nile TV International dan majalah Israel Today melaporkan, Obama membuat pengakuan itu kepada Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.
Perkembangan ini disiarkan selepas tinjauan di negara Islam menunjukkan popularitinya menurun ketika Obama berusaha menangani isu tumpahan minyak British Petroleum (BP) di Teluk Mexico.
Pamela Geller yang mengetuai pertubuhan ‘Stop Islamization of America’ (Henti Islamkan Amerika) mendakwa, laporan mengenai pengakuan Obama itu tidak dihiraukan media perdana Amerika dan perkara itu sepatutnya menjadi kebimbangan rakyat Amerika.
“Laporan itu menyatakan, Aboul Gheit memberitahu bahawa Obama memberitahunya dia seorang Muslim dan akan menunjukkan beliau dunia Islam bagaimana menguruskan Israel selepas menyelesaikan beberapa isu domestik,” katanya.
Geller mengakui isu Obama beragama Islam bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia menjelaskan sikap pemimpin terbabit yang bersimpati kepada pihak yang mengancam Amerika serta berniat merangka semula dasar agama negara berkenaan.
Geller menuduh Obama menunjukkan kebencian terhadap Israel dan tidak mahu membantu negara Yahudi itu menghadapi musuh. – Agensi