Thursday, June 17, 2010

SALAMATUSSODRI~MUTIARA YANG HILANG

www.iluvislam.com
Oleh: mzulhairi
Editor: salma ahsanan


Maksud firman Allah SWT :

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"
(Al-Maidah :8)


Segala pujian kepada Tuhan sekalian alam, Maha Suci Allah yang telah menciptakan, segala sesuatu terjadi adalah kehendaknya, Penguasa alam Pentadbir semesta. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dengan hadirnya juga rahmat dilimpahi, Muhammad Rasulullah SAW kekasih tercinta.



Alhamdulillah, moga kita dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada sirah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, ulama salaf dan khalaf serta lain-lainya. Kejayaan perjuangan sama ada di medan dakwah atau medan perang, didasari oleh banyak faktor. Faktor utama tentunya adalah keizinan daripada Allah SWT, namun perlu diingat kejayaan dan kekalahan yang berlaku bukan datang tanpa asal-usulnya. Kemenangan datang apabila syarat-syarat untuk mencapai kemenangan itu dicukupi, dan kekalahan datang apabila syarat kemenangan itu tidak dicukupi.



Apabila kita berbicara soal faktor kejayaan ini, lihat bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel yang dikatakan mustahil untuk ditembusi kerana kedudukannya yang amat strategik. Saya tidak berniat membincangkan semua faktor pentingnya, sekadar mahu mengambil satu daripadanya, iaitu sikap Salamatussodri atau berlapang dada al-Fateh dalam menerima pendapat tenteranya dengan tidak mengira pangkat. Lihat bagaimana idea pembinaan benteng Rumelli Hissari yang amat membantu itu yang sebenarnya datang daripada idea seorang tentera bawahan. Al-Fateh berlapang dada menerimanya, tidak seperti kebanyakan pemimpin yang menutup terus ruang bagi pengikut bawahan bersuara dek kerana perasaan yang ego membuta.

No comments: