Sunday, March 22, 2009

Nora Danish perkenalkan anak


NORA Danish dan Rizal Ashram Ramli memangku Putera Rayqal pada majlis cukur jambul di Taman Tun Abdul Razak Villas, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Mac - Buat pertama kalinya, pelakon popular, Nora Danish, 27, memperkenalkan anak sulungnya, Putera Rayqal Ramli kepada media pada satu majlis cukur jambul yang diadakan di sini hari ini.

Bayi berusia dua bulan setengah itu dilahirkan pada 7 Januari lalu dan merupakan hasil perkahwinan Nora dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang juga anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif yang kelihatan ceria memberitahu, dia perlu mengambil masa dan memastikan dirinya benar-benar bersedia sebelum menampilkan anaknya kepada media dan khalayak.

''Saya mahu bersikap adil kepada semua pihak dan hari ini, saya memang sudah bersedia untuk memperkenalkan Rayqal kepada anda.

''Bukan itu sahaja, saya berpendapat sekarang adalah waktu yang cukup sesuai untuk saya menampilkan anak saya kepada umum memandangkan usianya pun hampir mencecah tiga bulan.

''Bukan sengaja saya mahu mengelak untuk bertemu dengan media sebelum ini bersama Rayqal, tetapi saya belum bersedia ketika itu kerana keadaan anak saya yang masih lagi kecil,'' jelasnya yang anggun berkebaya coklat.

Turut hadir ialah bekas mertua Nora iaitu Ramli dan isterinya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, Rizal serta ibu Nora, Salimah Talib selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Nora dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun ikatan yang termeterai itu tidak kekal lama apabila pelakon drama bersiri Puteri itu disahkan bercerai dengan talak dua ketika hamil tiga bulan.

Bercerita tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, pelakon comel itu dengan tenang berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara itu.

Sebaliknya, dia begitu gembira dengan apa yang dilaluinya kini kerana mendapat sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu dan juga bekas keluarga mertuanya.

komen aku: Aku respect kat bapak tu sebab tak malu nak pegi tengok anak kandung sendiri. (tak kesah la dia dipaksa pegi atau tidak). Ketika aku buat posting ini, wireless punya la slow nak mampus. Apa pun test thermodinamik kejuruteraan kimia hari rabu ni, blom standby lagi. Nak kena blaja 3 bab. Susah oi!

No comments: