Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Wednesday, September 2, 2009
minyak malaysia 31 ogos 2009
Saya masih ingat ketika Datuk Shahrir Samad memegang portfolio Menteri PDNHEP. Beliau menyatakan formula terbaik untuk membantu rakyat dalam krisis harga minyak adalah dengan mengubah RON minyak mengikut keperluan rakyat.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan penukaran RON97 kepada RON99 manakala RON92 kepada RON95 disebabkan kita adalah pengeluar minyak. Tapi jika itu sahaja yang mampu UBN buat silakanlah. Ini disebabkan harga yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, rakyat akan menikmati RON95 dengan harga RM1.75 iaitu RM0.05 lebih murah dari RON97 yang akan dimansuhkan. Maka saya terima.
Saya mencadangkan minyak RON97 dan RON99 dalam pasaran supaya rakyat menikmati minyak yang berkualiti dengan hak sebagai pengeluar minyak. Tekaan saya tepat, sebenarnya tujuan UBN adalah pemansuhan RON92 yang mana sangat minoriti rakyat menggunakannya, seterusnya memperkenalkan RON95 bagi memberi peluang kerajaan memanipulasi harga. Kemudian memansuhkan RON97 dan memperkenalkan RON99 untuk yang berkemampuan semata-mata mengabui rakyat marhaen. Sehingga penulisan ini harga minyak dunia masih lagi disekitar USD69 - USD71. Tidak ada kepentingan untuk kerajaan menaikkan harga minyak.
Ini semua adalah pembohongan secara teknikal yang dirancang untuk mengabui hak rakyat sebagai pembayar cukai. RON95 yang diwar-warkan untuk dilancarkan adalah dengan membohogi rakyat. Adakah dengan cara ini hendak diberikan imbuhan bonus kepada penjawat awam??? adakah ingin mengurangkan cukai??? pembohongan tetap pembohongan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment